Lately aku dapat beberapa anggota baru dalam keluarga aku. Lebih kurang 2 bulan yang lalu, kakak sulung aku yakni Kak Reny melahirkan cahaya mata ketiganya yang merupakan seorang putera. Nama yang diberi Mohd Aqif Zikri bin Erekhsham.Kehadirannya ternyata memberi sinar baru dalam keluarga kami setelah mengalami peristiwa pahit pada pagi Iduladha 2 tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan aku, ketika aku melapah daging korban aku mendapat panggilan telefon menyatakan Kak Reny & family terlibat dalam kemalangan jalan raya di Slim River. Aku dan keluarga di Machang bergegas ke Hospital Ipoh untuk melihat keadaan mereka. Kak Reny ketika itu menghadapi kecederaan yang serius dan my beloved nephew Alif tak sedarkan diri. Nasib baik Abang Sham dan Syamil hanya cedera ringan. Alif kembali ke rahmatullah lebih kurang 9.30 pagi keesokannya. Aku sedikit kesal kerana tak berada disisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Aku juga tak sempat nak bagi ubat gigi mukmin junior yang aku dapat masa program Bintang Nasyid Mukmin kat dia. Ubat gigi tu masih aku simpan atas almari di bilik tidur aku. Setiap kali aku memandang ubat gigi tu memang aku akan teringat pada Alif sebab memang niat aku masa ambik ubat gigi tu pun nak bagi pada dia. Namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Paksu doakan Alif senantiasa bahagia di sana. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan sangat mengasihi hamba-hambanya. Setelah Alif dijemput pulang, kini Allah mengurniakan Aqif kepada kami.
p/s: Tahniah juga diucapkan kepada sahabatku Kerol Mestica yang baru saje dapat baby girl sabtu lepas
p/s: Tahniah juga diucapkan kepada sahabatku Kerol Mestica yang baru saje dapat baby girl sabtu lepas
No comments:
Post a Comment