Sebagaimana yang dijanjikan aku akan mengulas berkenaan dengan artikel nukilan Abd Aziz Itar yang telah disiarkan dalam utusan malaysia beberapa minggu lalu. Secara umumnya aku simpulkan antara intipati artikel beliau adalah seperti berikut:
- Nasyid telah hilang keaslian muziknya dan kini bercampur aduk dengan muzik-muzik moden
- Lirik sesetengah lagu nasyid telah lari dari maksud asal yang bertujuan sebagai medium dakwah. Penasyid juga tidak sepatutnya memetik semula maksud ayat suci Al quran untuk dijadikan lirik.
- Penggunaan instrumen muzik moden seperti gitar, bass, dram dan lain-lain harus dikurangkan agar lagu nasyid lebih mendamaikan dan tidak bingit sehingga menenggelamkan nyanyian kerana kekuatan nasyid sebenarnya terletak pada vokal berharmoni yang menyampaikan lirik-lirik yang bermesej
Sebelum mengulas dengan lebih jauh ingin aku kongsikan maksud dan definisi nasyid dari kacamata aku dan mungkin sebahagian besar aktivis nasyid yang lain di Malaysia. Suka aku tegaskan di sini bahawa nasyid BUKANLAH satu genre muzik sebagaimana yang mungkin difahami oleh ramai orang. Kesenian nasyid datang dengan 3 elemen dalam satu pakej seperti berikut:
Instrumen Muzik dalam Nasyid
Pada era nasyid dipopularkan oleh pergerakan Al-Arqam melalui kumpulan nasyid Nadamurni (Rabbani + Hijjaz) dan The Zikr (Raihan), Intrumen yang digunakan ketika itu hanyalah perkusi. Ini kerana mereka berpendapat hanya alatan muzik sebegitu sahaja halal digunakan amanakal alatan muzik berasaskan tali dan berturus udara seperti gitar, seruling, bass dan sebagainya haram. Namun pada masa yang sama sebenarnya telah wujud kumpulan nasyid seperti Al Jawaher, Al Mizan, Al Suraya dan lain-lain yang telahpun menggunakan instrumen muzik moden sejajar dengan konsep pop yang mereka bawa. Menurut cerita teman-teman yang pernah bersama Al Arqam, mereka pernah juga menganggap semua instrumen muzik itu haram untuk digunakan. Sebab itulah album-album nasyid yang diterbitkan oleh Al Arqam pada peringkat awal hanyalah nyanyian semata-mata tanpa iringan muzik. Menurut cerita, antara orang yang bertanggungjawab memperkenalkan penggunaan perkusi dalam Al Arqam ialah Habib Asasi yang popular dengan lagu Az Ziarah yang kini dinyanyikan semula oleh Inteam.
Pada awal era nasyid kontemporari irama nasyid masih terikat dengan perkusi. As time goes by, para penggiat industri nasyid mendapatkan pandangan ulamak-ulamak tertentu baik di kalangan kakiktangan kerajaan, pendakwah bebas mahupun di kalangan tokoh parti pembangkang tentang penggunaan alat muzik dalam nasyid. Majoriti berpendapat bahawa semua perkara yang wujud dibumi ini pada asalnya adalah HARUS selain daripada perkara yang jelas diharamkan dalam Al Quran dan Hadis dan hukumnya bersifat Qat'ie (putus) contohnya babi atau arak. Ini termasuklah alat-alat muzik sama ada perkusi, bertali mahupun bertiup. Selagi mana ia digunakan untuk tujuan dan dengan cara yang tidak bercanggah dengan syarak maka hukumnya harus untuk digunakan. Ulamak terdahulu mengharamkan alat muzik bertali dan bertiup bukan kerana zat alat itu sendiri tetapi kerana pada satu ketika ia menjadi syiar kepada golongan fasik.
Walau bagaimanapun aku setuju dengan pandangan saudara Aziz bahawa muzik nasyid harus tidak bingit dan terlalu kuat sehingga menenggelamkan nyanyian sekaligus menghalang mesej yang dibawa melalui lirik nasyid untuk sampai ke telinga pendengar. Apabila mesej tidak dapat disampaikan kepada pendengar maka hilanglah asas kepada tujuan nasyid itu sendiri yakni dakwah dan tarbiyyah.
- Lagu dan lirik harus sesuai dengan kehendak syarak dengan mesej yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar
- Nasyid harus dipersembahkan dalam suasana yang terkawal dan tidak bercampur dengan unsur maksiat seperti hidangan minuman keras dan percampuran melampau antara lelaki dan wanita
- Penyanyi nasyid itu sendiri harus mempunyai keperibadian dan akhlak yang menepati syariat Islam. Oleh sebab itu kita tidak mengkategorikan penyanyi-penyanyi "mainstream" lain sebagai penyanyi nasyid walaupun mereka menyanyikan lagu ketuhanan. Lagipun seseorang penyanyi nasyid itu akan "declare" dia sebagai penyanyi nasyid.
- Risalah: Ini merujuk kepada intipati lirik yang membawa mesej-mesej yang baik bersumberkan petikan maksud ayat suci Al Quran, Hadis mahupun kata-kata atau cetusan minda seseorang individu
- Dakwah: Nasyid harus mampu menjadi salah satu instrumen atau medium dakwah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegak kemungkaran
- Tarbiyyah: Nasyid juga harus punya kemampuan untuk mentarbiyyah pendengar dan lebih penting penyanyi nasyid itu sendiri secara langsung atau tidak langsung sekaligus memangkin pengamalan kehidupan sejajar dengan syariat Islam.
Instrumen Muzik dalam Nasyid
Pada era nasyid dipopularkan oleh pergerakan Al-Arqam melalui kumpulan nasyid Nadamurni (Rabbani + Hijjaz) dan The Zikr (Raihan), Intrumen yang digunakan ketika itu hanyalah perkusi. Ini kerana mereka berpendapat hanya alatan muzik sebegitu sahaja halal digunakan amanakal alatan muzik berasaskan tali dan berturus udara seperti gitar, seruling, bass dan sebagainya haram. Namun pada masa yang sama sebenarnya telah wujud kumpulan nasyid seperti Al Jawaher, Al Mizan, Al Suraya dan lain-lain yang telahpun menggunakan instrumen muzik moden sejajar dengan konsep pop yang mereka bawa. Menurut cerita teman-teman yang pernah bersama Al Arqam, mereka pernah juga menganggap semua instrumen muzik itu haram untuk digunakan. Sebab itulah album-album nasyid yang diterbitkan oleh Al Arqam pada peringkat awal hanyalah nyanyian semata-mata tanpa iringan muzik. Menurut cerita, antara orang yang bertanggungjawab memperkenalkan penggunaan perkusi dalam Al Arqam ialah Habib Asasi yang popular dengan lagu Az Ziarah yang kini dinyanyikan semula oleh Inteam.
Pada awal era nasyid kontemporari irama nasyid masih terikat dengan perkusi. As time goes by, para penggiat industri nasyid mendapatkan pandangan ulamak-ulamak tertentu baik di kalangan kakiktangan kerajaan, pendakwah bebas mahupun di kalangan tokoh parti pembangkang tentang penggunaan alat muzik dalam nasyid. Majoriti berpendapat bahawa semua perkara yang wujud dibumi ini pada asalnya adalah HARUS selain daripada perkara yang jelas diharamkan dalam Al Quran dan Hadis dan hukumnya bersifat Qat'ie (putus) contohnya babi atau arak. Ini termasuklah alat-alat muzik sama ada perkusi, bertali mahupun bertiup. Selagi mana ia digunakan untuk tujuan dan dengan cara yang tidak bercanggah dengan syarak maka hukumnya harus untuk digunakan. Ulamak terdahulu mengharamkan alat muzik bertali dan bertiup bukan kerana zat alat itu sendiri tetapi kerana pada satu ketika ia menjadi syiar kepada golongan fasik.
Walau bagaimanapun aku setuju dengan pandangan saudara Aziz bahawa muzik nasyid harus tidak bingit dan terlalu kuat sehingga menenggelamkan nyanyian sekaligus menghalang mesej yang dibawa melalui lirik nasyid untuk sampai ke telinga pendengar. Apabila mesej tidak dapat disampaikan kepada pendengar maka hilanglah asas kepada tujuan nasyid itu sendiri yakni dakwah dan tarbiyyah.
Nasyid style dulu-dulu..
3 comments:
Bagus artikel nih, saya sokong. Namun para munsyideen perlu lah menjadi contoh kepada peminat dan pendengar.
dari sudut berpakaian misalnya, ada sesetengah munsyideen yang memakai pakaian yang kemas dan bersih semasa membuat persembahan. tetapi di luar pentas @ pakaian seharian kekadang tidak mencerminkan bahawa dia seorang penasyid dan pendakwah.
semoga group nasyid terus maju memartabatkan seni Islam sebagai alternatif hiburan belia di luaer sana. TAKBIR!
Ana sangat setuju, perlu direnungi oleh semua .. xnak komen lebih sbb dgn baca artikel ni sepatutnya dah faham semua :) terbaek
Memang kalau kita bentangkan hukum halal dan haram tidak akan sampai ke hujung. Cukuplah kita lihat atau buat perbandingan cara mempersembahkan nasyid yg bagaimana yg paling banyak memberi kesan pada jiwa pendengar. Selepas itu bolehlah kita buat kesimpulan, supaya kerja² dakwah melalui nasyid lebih laju.
Bukan hanya memeriahkan sahaja tetapi memberi kesan.. Wallahua'lam.. :)
Post a Comment