Aku tengok sekarang ni dah macam-macam jenis ikatan tudung dan fesyen tudung digayakan remaja perempuan kita di
Pemakaian tudung dengan fesyen yang pelbagai ni sangat bagus kerana ia berjaya menarik lebih ramai wanita untuk bertudung. Jika dulu ramai wanita yang rasa mereka tak akan dapat tampil cantik dengan bertudung, kini berfikiran sebaliknya. Sesungguhnya Islam memang menggalakkan umatnya tampil kemas dan bergaya. Rasulullah SAW bersaba," Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan", (Riwayat Muslim dan Tirmidzi).
Aku sanjung dan puji kepada rakan-rakan yang menyahut seruan agama dengan bertudung dan menutup aurat mereka cuma lately aku sedikit gusar apabila ada sesetengah daripada wanita sedikit alpa dengan perkara-perkara yang mungkin dianggap kecil tapi sebenarnya menyebabkan usaha mereka untuk menutup aurat tidak sempurna. Perkara yang paling simple, material tudung itu sendiri yang nipis dan menampakkan bahagian dalamnya. Apatah lagi jika anak tudung tidak dipakai. Rambut mencanak keluar menembusi tudung yang secara zahirnya menutupi aurat. Ini belum lagi dikira tentang soal labuhan tudung yang seharusnya menutupi bahagian dada.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 boleh dijadikan panduan dalam soal pemakaian tudung yang sempurna. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
1 comment:
salam...
ana sokong sheikh..
pemakaian tudung skrg hanya fesyen & bukan tuntutan syariat..
hanya menutup rambut dah di anggap memadai.. walhal sepatutnya dilabuhkan.
wallahua'lam..~
Post a Comment