Nama Daud Bukit Abal tentunya tidak asing bagi penggiat dan peminat irama dikir barat di Malaysia mahupun di seluruh nusantara terutamanya di selatan Thai dan Singapura. Beliau boleh dikatakan antara pelopor atau 'Godfather' kepada seni dikir barat sebaris dengan tokoh-tokoh lain seperti Allahyarham Salleh Tapang, Allahyarham Ripin Ana, Allahyarham Seman Wau Bulan dan lain-lain. Secara peribadi aku bukanlah peminat suara emas beliau namun aku akui beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan seni dikir barat. Namun sumbangan langsung beliau akhirnya terhenti apabila beliau dipanggil mengadap ilahi pada 17 September 2011 yang lepas akibat demam panas. Beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 11.30 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada usia 71 tahun.
Beliau sempat membuat persembahan di Kuala Lumpur sempena Malaysiaku Street Festival bertempat di Jalan Bangkung Bangsar pada sambutan Hari Malaysia. Persembahan itu menjadi hadiah terakhir buat semua peminat beliau sebelum beliau pergi buat selama-lamanya. Hati aku agak tersentuh apabila dalam persembahan tersebut beliau sempat menyebut nama sahabat beliau Allahyarham Seman Wau Bulan sebagai pencipta lagu Wau Bulan dalam bait-bait pantun lagu tersebut. "Lagu ini sebagai lagu nutup gelengge, Arwah Seme diolah tuke cipto.." Tak sangka pula, bait-bait itu adalah petanda beliau juga akan turut bersama Allahyarham Seman Wau Bulan di negeri yang kekal abadi hanya sehari selepas itu. Al fatihah..
2 comments:
salam..kurang tepat cerita anda tu..
Mungkin juga.. sebab sumber third party.. tapi tang mana yer?
Post a Comment