Aku mendapat berita kepulangan otai irama padang pasir dan nasyid, Ahmadi Hasan ke rahmatullah ketika aku tengah sibuk menguruskan perjalanan program Malam Sinar Maulidurrasul di Terengganu. Belumpun hilang kesedihan di atas kehilangan Ustaz Asri Rabbani, Pak Ahmadi Hassan pula pergi meninggalkan. Bagi aku kematian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada irama nasyid Malaysia khususnya bagi mereka yang meminati irama padang pasir. Mungkin penggemar-penggemar nasyid aliran "Al Arqam" seperti Nadamurni, The Zikr, Fitrah Murni mahupun kumpulan-kumpulan nasyid sezaman dengan mereka seperti Al Anwar, Nahwan Nur, Suara Hati, Ibnu Sabil dan lain-lain tidak begitu mengenali Pak Ahmadi Hassan. Sebagai follower "kaset nasyid RM6", aku pun tak berapa kenal Allahyarham.
Antara karya beliau dalam album Bahagia Berkasih
Nama Allahyarham kembali mendapat perhatian peminat nasyid selepas album Bahagia Berkasih menggondol Anugerah Album Nasyid Terbaik AIM 2006. Mungkin pada awalnya ramai juga peminat nasyid yang mempertikaikan kemenangan album tersebut yang berjaya mengalahkan calon-calon heavyweight seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz kerana nama beliau tidak sepopular calon-calon lain. Namun setelah diamati dan mendengarnya, aku rasa memang album allahyarham layak memenangi anugerah tersebut berdasarkan kualiti produksinya.Tu lah kenkadang tu geng-geng nasyid kontemporari ni silap strategi, mereka lebih cenderung hantar lagu-lagu yang popular dan bukannya lagu-lagu yang bagus dari sudut kualiti produksinya. Al fatihah buat Allahyarham Pak Ahmadi Hassan.
1 comment:
al-fatihah..
ana pn x kenal otai nasyid ni..
apa pun, sumbangannya sgt bermakna~
Post a Comment