Sunday, February 1, 2009

Sunyi, Bosan dan Geng

Lately aku rasa sunyi sangat. Walaupun hakikatnya aku sibuk dengan banak tugasan di pejabat namun semua tu tak dapat mengubat kesunyian yang aku tiba-tiba rasa ni. Nasib baik jugaklah aku ada ramai kawan dan kenalan. Aku ada banyak la jugak "geng". Ada geng nasyid, geng dikir, geng MBA, geng UiTM, geng semesdian, geng kelate, geng business dan sebagainya. Dengan bergaul dengan pelbagai orang dari pelbagai latar belakang aku belajar banyak benda. Dulu aku ada gak join budak-budak silat tapi sekarang ni dah lama lost contact. Yelah aku pun dah terlalu lama tak turun ke gelanggang. Uniform silat pun dah tak tahu ke mana. Cuma "nachaku" yang masih tergantung kat bilik aku. Member zaman UiTM pulak jarang sangat aku jumpa sekarang ni. Maklumlah masing-masing sibuk.Raduan, Yus,Misab, Din, Richard, Tajul, Apis, Abe Wae.. ni semua antara orang-orang yang selalu lepak ngan aku zaman kat Puncak Perdana dulu. Zaman kat Perindu pulak Mat Ju, Pein, Awie, Mat Kilau,Mat Min, Jalil ni semua antara geng dikir /kelate yang memang "kkacik" ngan aku. Budak-budak MBA pun jarang-jarang sangat dapat jumpa. Yelah masing-masing ada komitmen. Yang kerja-kerja, yang further study kat overseas pun ramai.Kelmarin aku jumpa Atikah, kawan MBA aku yang tengah cuti dari study dia kat aussie. Thanks Tik sebab bawak balik cenderamata untuk aku. Ingat lagi ko kat aku.huhuhu..

Yang setiap hari aku dok mengadap sekarang ni kebanyakannya adalah geng-geng nasyid dan kawan-kawan business aku. Maklumlah company aku pun memang buat show biz pun. Terdekat ni aku plan nak masuk panggung dikir balik dengan team Sri Perindu. Lamo doh tok pelepah angin.Nasib baik Mat Min ada lagi kat Perindu tu. Boleh juga jadi middleman menghubungkan aku dengan team dikir yang ada sekarang. Aku pun nak mintak maaf kat Mat Min ngan Golok sebab tak sempat nak jumpa sebelum balik raya cina baru ni. Tapi insya allah aku akan muncul di Perindu sedikit masa lagi maka boleh la kita bersua semula di "bong dikir".

Kawan-kawan yang ramai ni sedikit sebanyak boleh menghilangkan kesunyian aku ni walaupun tidaklah secara total. Kesunyian masih aku rasa sampai sekarang. Hahahahaha.... Mungkin korang boleh agak sebab apa. "Lu Kawin saja la kawan!" itulah Ratno akan cakap kat aku kalau sebut pasal benda ni semua. Insya Allah akan tiba juga saat itu nanti. Tapi siapa calonnya???!! Hanya Allah saja yang tahu...

3 comments:

Anonymous said...

solat istikharah..mohon ditunjukkan
1.adakah akan b'kahwin
2.jika ya..dgn siapa
3.mohon dip'temukan dan d'nikahkan dgn insan yg memberi kebaikkan di dunia dan akhirat

dan solat itu setiap hari dibuat sehingga benar-benar mendapat petunujuk dari Allah.

saya dah buat dan Alhamdulillah, kini saya dikurniakan isteri yg amat memahami, anak2 yang taat dan tezeki kami sekeluarga sehingga hari ini cukup segalanya dan hidup saya lapang dan bahagia.Semuanya Allah dah sediakan cuma kita yang perlu memohon.

tokjeng said...

Thanks for the advice..

Anonymous said...

yaa.. wa punya nama ada.. bukan itu syuhadah, wa punya nama ratno.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...