Hmm.. aku malas nak ulas panjang.. Siapa yang tengok game malam tadi tentunya dapat menilai sendiri apa yang berlaku. Malaysia dipaksa bermain dengan 8 orang vs 11 orang pemain China dan seorang pengadil yang sangat tidak professional. Nampak sangat nak bagi China menang.Secara detailnya mungkin korang boleh baca artikel yang ditulis oleh otai wartawan sukan Malaysia, Rizal Hashim kat sini; An Open Letter to Ben Williams, Aussie Refree Apapun disebalik kekalahan 0-3, kita tetap layak ke pusingan kalah mati sekaligus menamatkan penantian panjang selama 32 tahun. Dengan pilihan pemain yang sangat terhad atas sebab kecederaan dan penggantungan, kita akan menghadapi Iran esok sekitar 4.00 petang. Kesimpulan yang boleh dibuat tentang perlawanan semalam bolehlah digambarkan sebagaimana gambar dibawah. Terima kasih buat singamalaya di atas gambar yang makan dalam ni..huhu
Sunday, November 14, 2010
Saturday, November 13, 2010
Mampukah Harimau Malaya merobohkan Tembok Besar?
Pukul 7.00 petang ini kita akan dapat menyaksikan pertembungan misi hidup mati skuad bolasepak Malaysia dengan pasukan tuan rumah China dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Kemenangan akan menjamin kemaraan mana-mana pasukan ke pusingan kalah mati. Andai kalah, kedua-dua pasukan masih mampu mengintai aksi pusingan seterusnya dengan bekalan 3 mata setelah masing-masing mengalahkan Kyrgyzstan sebelum ini. Andai seri, Malaysia akan layak secara automatik kerana Malaysia mempunyai kelebihan dari sudut jaringan dan bolos namun China masih punya peluang untuk layak kerana 4 pasukan terbaik yang meduduki tempat ke-3 kumpulan akan turut dibawa ke pusingan kalah mati.
Di atas kertas, China tentunya punya kelebihan. Selain daripada sokongan peminat tempatan, pemain China punya kelebihan dari sudut fizikal dan mungkin juga taktikal. Secara faktanya China juga mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Dari sudut kemahiran individu, mungkin kemampuan pemain negara tidak jauh bezanya cuma saiz fizikal yang sedikit sebanyak akan memberi halangan kepada mereka untuk bersaing dengan lebih selesa. Ditambah dengan kecederaan beberapa pemain utama seperti Zamani Misbah dan Fakri Shaarani serta ketiadaan pemain tonggak yang cedera dan tidak dibawa dalam kempen kali ini memang sedikit merencatkan percaturan jurulatih.
Apapun Rajagopal harus bijak menggunakan semua pemain yang ada. Susunan pemain dan taktikal harus tepat bagi menyaingi China. Kita masih punya Shahrul Idlan, Safiq Rahim, Muslim Ahmad, Chanturu, Izzaq Faris dan lain-lain untuk mengatasi China. Kita tidak perlu terlalu menghormati lawan sehingga kita hanya asyik mengejar dan melihat sahaja mereka memegang bola sebagaimana yang kita buat ketika menentang Jepun tempohari. Striker pun janganlah segan-segan untuk merembat apabila berada pada jarak yang bersesuaian. Lagipun tekanan psikologi lebih memihak kepada China kerana mereka ingin membuktikan sesuatu kepada peminat mereka selepas tumpas 0-3 ditangan Jepun dan nyaris dimalukan Kyrgyzstan dalam aksi kedua. Dengan kesungguhan yang tinggi dan kerjasama berpasukan, insya Allah kita mampu mencipta sejarah layak ke pusingan kedua selepas kali terakhir kita berjaya melakukannya pada 1978. Selamat berjuang Harimau Malaya!
Janganlah 'Heavy' Sangat Muziknya
Baru-baru ni aku sembang dengan Sales Manager aku tentang lagu-lagu nasyid yang ada dalam industri. Actually masa tu aku minta dia bagi pandangan terhadap lagu yang aku tengah aku siapkan untuk Mestica. Ini adalah proses biasa dalam pembikinan album. Team production akan turut meminta pandangan orang marketing dan sales serta kadang kala juga pandangan pihak media juga diambil dalam memastikan lagu atau album yang dibuat menepati kehendak pasaran. Senang citer 'boleh jual' la..
Antara point penting pendapat David ( Sales Manager aku la tu) ialah dia kata lagu nasyid yang ada sekarang ni terlalu heavy dari sudut muziknya. Sampaikan ada kalanya muzik menenggelamkan suara sampai tak jelas apa yang disebut oleh penyanyi. " Macam mana ko nak berdakwah, kalau orang tak dapat tangkap pun apa yang ko cakap? Orang sekarang pun nak dengar muzik yang relek-relek je. Tak nak heavy-heavy. nanti tension..Ko tengok Raihan dulu, mana ada muzik dia heavy.. pakai percussion je dan sebab percussion tu la dia boleh famous di peringkat global.." Begitulah lebih kurangnya apa si David cakap.
Soal 'heavy' ni boleh berpunca daripada dua sebab. Pertama, memang music tu disusun sedemikian rupa. Semua instrumen nak masuk.Semua bunyi nak ada.. Biasanya penyakit macam ni 'terkena' pada producer atau arranger yang baru berjinak-jinak nak buat lagu. Satu lagi faktor, mungkin masa proses audio mixing tu setting dia menyebabkan dia bunyi macam tu. Apapun bagi aku faktor pertama tu lebih relevan. Hmm..kena fikir-fikirkan juga pendapat sebegini.. Takpelah.. Jom kita layan nasyid 'pure' dari Singapura ni..Salamz..
Wednesday, November 10, 2010
Sukan Asia: Harimau Malaya Mula Mengaum!
Alhamdulillah.. nampaknya prestasi skuad negara menunjukkan perkembangan yang positif dalam Sukan Asia kali ini. Dalam edisi yang lepas Malaysia tewas dalam semua perlawanan. Sekurang-kurangnya kali ini kita dah menang satu perlawanan selepas menumpaskan Kyrgyzstan 2-1 tempohari. "Apa? Kyrgyzstan? Negara apa tu? Nak eja pun susah.Ntah pandai ke tidak main bola.." Mungkin itulah yang akan dikatakan oleh mereka yang sinis dengan bola sepak Malaysia. Tapi bagi ultra malaya macam aku, hangpa cakaplah apa pun kami akan tetap sokong team Malaysia hehehe.. Dari segi rangking mungkin Kyrgyzstan lebih rendah dari kita tapi harus diingat mereka mempunyai kelebihan fizikal manakala kemampuan taktikal serta skill pula hampir sama dengan Malaysia. Jadi kemenangan ke atas Kyrgyzstan bukanlah atas faktor nasib atau kelemahan lawan kerana pemain Malaysia sememangnya telah bermain bersungguh-sungguh untuk menang. Namun kemenangan tersebut dibayar dengan harga yang agak tinggi selepas penyerang Fakri Shaarani dan pertahanan berpengalaman Norhafiz Zamani mengalami kecederaan serius yang memaksa mereka berehat panjang selepas ini.Gol Malaysia tempohari dijaringkan 2 penyerang Kelantan iaitu NorShahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu.
Kemenangan pertama Malaysia
Esok, Malaysia akan menghadapi ujian yang lebih getir apabila bertemu Jepun. Di atas kertas tentunya Jepun punya kelebihan dan tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan Malaysia namun bola itu bulat. Apapun boleh berlaku.Esok jika seri sekalipun sudah dikira kemenangan bagi Malaysia. Jepun kali ini dilihat hebat apabila mudah membelasah tuan rumah China dengan 3-0 dalam perlawanan pertama. Kita doakan yang terbaik buat K.Rajagopal dan anak buahnya. Semoga mereka mampu membaham barisan samurai esok hari. Oh ya.. untuk makluman, RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan Malaysia vs Jepun esok jam 3.50 petang di TV1. Boleh la kita pakat tengok.. :)
Ops Sawang
Hmm.. sekali lagi penulisan aku di blog ni terhenti. Agak lama juga kali ini. Dah ada labah-labah yang mula bersawang di sini. Banyak juga isu-isu atau topik-topik besar yang dah berlaku di sekeliling yang tak sempat aku ulas dan kongsikan bersama teman-teman. Untuk pengetahuan semua, dah beberapa minggu juga aku mula menjadi 'batman'. Bukan jadi superhero tapi berjaga di waktu malam dan tidur di waktu siang. Bukannya apa, proses production album Mestica dan artis baru Asyraf kembali rancak. Ditambah pula dengan rakaman VO dan kerja-kerja studio lain yang juga agak banyak juga kebelakangan ini. Alhamdulillah ini menandakan rezeki pun semakin murah. Thanks to Allah the Almighty. Apapun aku nak ulas juga beberapa perkara menarik yang dah berlaku di Malaysia khususnya walaupun ianya dah pun berlalu..
Piala Malaysia 2010
Piala Malaysia tahun ini sangat istimewa kerana Kelantan berjaya membawa pulang piala yang paling berprestij dalam kancah bola sepak Malaysia ke Kota Bharu buat pertama kalinya. Sebagai anak negeri Kelantan tentunya aku berbangga dengan kejayaan the red warriors. Dan ianya menjadi hadiah yang paling bermakna untuk dipersembahkan kepada Sultan Muhammad ke V yang baru sahaja di masyhurkan sebagai Al Sultan Kelantan. Tidak dinafikan selain daripada faktor-faktor di atas padang, transformasi pengurusan pasukan yang dibawa oleh Tan Sri Annuar Musa memang menjadi batu asas kepada kejayaan ini. Malah Annuar juga diharap oleh peminat bolasepak Malaysia boleh membawa transformasi yang sama ke dalam bolasepak negara secara keseluruhannya selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM. Namun hakikatnya ia bukan semudah itu kerana di FAM, dia bukan the numero uno. Dia ada boss. Dulu Malaysia punya tokoh yang persis Annuar iaitu Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil. Namun dia akhirnya tewas dalam perjuangan mereformasikan FAM. Ironinya Bos Ahmad Basri ketika itu adalah orang yang sama menjadi bos Annuar sekarang. Hmm.. aku tak nak ulas lanjutlah pasal ni kang orang kata tak sensitif pulak. Faham-faham la ye..huhu
PRK 4 November
Pilihanraya kecil di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi kembali merancakkan aktiviti politik di negara kita yang dilihat sejuk seketika sebelum ini. Pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kali ini agak menarik juga. Apatah lagi ianya turut disertai oleh SUPP di Batu Sapi yang sebelum ini dilihat mesra Pakatan walaupun tidak menyertai pakatan tersebut secara rasmi. Nampaknya persefahaman gagal dicapai antara SUPP dan Pakatan kali ini. Dan sebagaimana yang aku jangka, Pakatan yang diwakili PKR tumpas dengan majoriti yang agak besar. Macam mana nak menang, kalau krisis dalaman PKR baik di peringkat negeri mahupun pusat masih belum selesai.
Di Galas pula, pada mulanya aku jangka peluang kedua-dua pihak seimbang. Tapi dari awal lagi pihak PAS yang mewakili Pakatan nampak tidak yakin untuk menang. Kenyataan-kenyataan pimpinan parti dari S/U Agong sehinggalah Pengarah Pilihanraya jelas menunjukkan ketidak yakinan ini. Dari awal lagi mereka cuba mencari atau mencipta alasan untuk dikambing hitamkan supaya kekalahan mereka dilihat bukan atas sebab kelemahan mereka tapi strategi licik BN. Sikap sebegini merupakan sesuatu yang sangat tidak baik. PAS perlu berlapang dada dan bersikap jujur dalam membuat post mortem kekalahan tersebut. Mungkin benar BN ada menggunakan jentera kerajaan termasuk SPR untuk memastikan kemenangan namun perkara ini merupakan isu biasa setiap kali PRK dan PAS seharusnya sudah punya ubat untuk menyembuhkannya. Aku melihat ketokohan Ku Li memang digunakan sepenuhnya oleh BN untuk mencapai kemenangan di kubu kuat beliau. Tak keterlaluan aku katakan Gua Musang adalah kubu Ku Li bukannya kubu BN. Lihat saja tagline kempen yang digunakan BN. "Ambo nok parti Ku Li", begitulah bunyinya. Pada masa yang sama 'swing' undi orang Asli harus dilihat sebagai undi protes terhadap isu-isu pemilikan dan pencerobohan tanah mereka oleh pemaju terutamanya di Lojing. Isu tanah memang sesuatu yang sensitif buat mereka. Jawapan wakil kerajaan negeri yang mengatakan proses permohonan tanah oleh Orang Asli memang mengambil masa yang sangat panjang hanya menyerlahkan kelemahan pengurusan dan birokrasi jentera kerajaan negeri. Begitu juga dengan fenomena 'swing' undi masyarakat Cina kepada BN juga harus dikaji secara serius. Apakah masyarakat Cina kini mula terpesona dengan dasar 1 Malaysia? Jawapannya hanya ada pada mereka.Apapun syabas buat BN.
Pemilihan PKR
PKR ni aku tak tahulah nak cakap ape. Pemilihan PKR kali ini dibuat dengan konsep satu ahli satu undi berbanding sistem undi perwakilan sebelum ini. Secara umumnya ideanya sangat bagus cuma aku lihat dari sudut pelaksanaannya PKR masih belum bersedia. Disiplin ahli parti juga sangat longgar. Lihat saja kekecohan yang berlaku dalam proses pemilihan beberapa cabang. Walaupun disifatkan terpencil oleh Setiausaha Agung iaitu YB Saifudin Nasution Ismail, beliau tetap mengakui kelemahan ini berpunca daripada tiadanya 'sistem tarbiah' untuk ahli PKR sebagaimana yang dipunyai oleh PAS mahupun DAP. Ketiadaan 'sistem tarbiah' ini menyebabkan ahli parti tidak memahami ideologi parti dengan jelas. Aku sendiri pun melihat PKR mempunyai ideologi dan halatuju yang tetap. Boleh dikatakan ideologi individu-individu dalam PKR ini bercampur aduk. Ada yang Islamik macam fraksi ABIM dan JIM, tidak kurang juga yang punya pemikiran sosialis dan liberalis serta geng-geng bekas UMNO-BN yang masih berpegang kepada 'kaedah dan cara' ketika masih dalam BN.
Sidang media Zaid Ibrahim
Hari ini kita dikejutkan dengan penarikan diri Dato Zaid Ibrahim daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh seorang lagi calon iaitu Mustafa Kamil Ayub beliau menjelaskan kekecewaan beliau terhadap proses pemilihan yang tidak telus dan menyeleweng demi memenangkan calon-calon tertentu. Mungkinkah pemilihan kali ini juga akan membawa kepada perpecahan PKR sebagaimana pemilihan yang lalu. Dr Mohd Noor Manuty pernah mengundur diri daripada PKR selepas tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden satu masa dahulu. Turut bersama beliau ketika itu adalah tokoh-tokoh di kalangan orang-orang ABIM. Beliau hanya kembali ke dalam PKR selepas Anwar dibebaskan. Soalnya adakah Zaid dan penyokongnya akan mengulangi peristiwa yang sama?
Saturday, October 23, 2010
Ops Belangkas Setia: Persediaan ATM Membela Kemerdekaan Sulu?
Dah lama juga aku tak membeli majalah Perajurit. Bukannya apa, sekarang ni agak sukar aku temui di kedai berdekatan pejabat dan rumah aku. Aku pun tak tahu kenapa. Samalah jugak akhbar Siasah. Langsung dah tak nampak batang hidung dah. Majalah hampir 'sekufu' dengan Perajurit yang mudah didapati di sini hanyalah majalah Tempur. Tapi aku tak suka sangat gaya penulisan dalam Tempur ni. Skop penulisannya juga bagi aku tak menarik. Namun semalam alhamdulillah, semasa aku ke sebuah pasaraya di TTDI Jaya aku terjumpa majalah Perajurit keluaran Oktober. Tanpa berfikir panjang, aku terus je beli majalah yang berharga RM11 tu.
Apabila aku belek majalah ni satu persatu. Aku jumpa satu artikel yang sangat menarik. Artikel setebal 7 mukasurat ini menceritakan secara tentang terperinci tentang satu latihan ketenteraan yang pada pandangan aku berskala besar kerana ianya melibatkan operasi Markas Angkatan Bersama yakni melibatkan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia. Anehnya latihan ini tidak mendapat liputan mana-mana media arus perdana. Selain itu, dalam artikel ini pun tidak diceritakan bilakah latihan ini di adakan dan di manakah ia di laksanakan. Cuma yang dinyatakan adalah nama penulis dan penyedia foto yang turut melibatkan Cawangan Perisikan Tentera Darat Malaysia. Di bawah ini aku sisipkan petikan latar belakang senario latihan tersebut untuk korang baca dan nilai:
Sememangnya dalam artikel yang dipaparkan di atas mengatakan senario ini hanyalah bersifat fiksyen dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati namun hakikatnya dalam sesuatu latihan ketenteraan pemilihan 'subjek' atau 'senario' latihan bukanlah sesuatu yang dibuat secara suka-suka. Ianya mempunyai objektif dan maksud tertentu malah kadangkala dibuat untuk menghantar mesej tertentu kepada pihak luar. Aku masih ingat pada penghujung tahun 90-an, pemerintah Singapura telah menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap satu latihan tentera secara besar-besaran yang diadakan di Pulau Langkawi sempena pelancaran Pasukan Atur Gerak Cepat Malaysia ( PAC ). Dalam latihan tersebut (kalau tak silap aku la), senario latihan yang dipilih ialah sebuah negara pulau di selatan tanah air telah memberi ancaman ketenteraan serius kepada Malaysia maka dengan itu ATM melalui PAC telah diberi tugas untuk meneutralkan ancaman sekaligus menawan pulau tersebut. Aku yakin dan percaya Malaysia sengaja memilih senario itu untuk menghantar mesej tertentu kepada pemerintah Singapura. Kebetulan pada masa itu hubungan kedua-dua negara agak tegang.
Berbalik kepada Ops Belangkas Setia ini, aku berpendapat ianya juga dilaksana dengan maksud tertentu. Lihat saja senarionya. Fakta-fakta yang di ketengah seperti negara kepulauan di timur laut Sabah yang baru merdeka, mengalamai konflik bersenjata hampir 50 tahun dengan negara Maynila ( sama nama ngan ibu negara Filipina la pulak) serta mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dari sudut budaya dan agama juga
seolah-olah ianya merujuk kepada Negara dan Kesultanan Sulu yang bakal mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 November nanti. Apatah lagi nama negara yang dipilih dalam senario Ops Belangkas Setia ini ialah Masilan ( Macam nama pulau kat Sulu je.. Basilan ). Apapun sama ada memang benar latihan ini bertujuan sebagai salah satu cara untuk 'menyambut' kemerdekaan Sulu hanya ATM dan Kerajaan Malaysia saja tahu. Kalau korang nak confirmation, kena tanya diorang la. :) Untuk membaca artikel penuh tentang Ops Belangkas Setia korang bolehlah merujuk majalah Perajurit edisi Oktober.
Artikel terdahulu:
Sememangnya dalam artikel yang dipaparkan di atas mengatakan senario ini hanyalah bersifat fiksyen dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati namun hakikatnya dalam sesuatu latihan ketenteraan pemilihan 'subjek' atau 'senario' latihan bukanlah sesuatu yang dibuat secara suka-suka. Ianya mempunyai objektif dan maksud tertentu malah kadangkala dibuat untuk menghantar mesej tertentu kepada pihak luar. Aku masih ingat pada penghujung tahun 90-an, pemerintah Singapura telah menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap satu latihan tentera secara besar-besaran yang diadakan di Pulau Langkawi sempena pelancaran Pasukan Atur Gerak Cepat Malaysia ( PAC ). Dalam latihan tersebut (kalau tak silap aku la), senario latihan yang dipilih ialah sebuah negara pulau di selatan tanah air telah memberi ancaman ketenteraan serius kepada Malaysia maka dengan itu ATM melalui PAC telah diberi tugas untuk meneutralkan ancaman sekaligus menawan pulau tersebut. Aku yakin dan percaya Malaysia sengaja memilih senario itu untuk menghantar mesej tertentu kepada pemerintah Singapura. Kebetulan pada masa itu hubungan kedua-dua negara agak tegang.
Muka depan Perajurit edisi Oktober
seolah-olah ianya merujuk kepada Negara dan Kesultanan Sulu yang bakal mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 November nanti. Apatah lagi nama negara yang dipilih dalam senario Ops Belangkas Setia ini ialah Masilan ( Macam nama pulau kat Sulu je.. Basilan ). Apapun sama ada memang benar latihan ini bertujuan sebagai salah satu cara untuk 'menyambut' kemerdekaan Sulu hanya ATM dan Kerajaan Malaysia saja tahu. Kalau korang nak confirmation, kena tanya diorang la. :) Untuk membaca artikel penuh tentang Ops Belangkas Setia korang bolehlah merujuk majalah Perajurit edisi Oktober.
Artikel terdahulu:
Subscribe to:
Posts (Atom)




