Monday, September 6, 2010

Perjalanan Malaysia Masih Jauh

Malaysia menamatkan siri perlawanan persahabatan di Doha, Qatar dengan tumbang lesu di tangan Oman 0-3. Perlawanan yang berlangsung Stadium Soud Abdulrahman itu jelas menunjukkan pasukan Malaysia agak ketinggalan dari banyak segi terutamanya dari segi taktikal, fitness dan skill pemain. Kali terakhir Malaysia menang menentang Oman adalah pada sepuluh tahun lepas yang mana Malaysia menang 2-0. Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sebelum ini di Sukan Asia 2006 Doha, Malaysia turut tumpas 1-3.Sementara itu dalam perlawanan persahabatan pertama dengan kelab Al Jaish, Malaysia juga tewas 1-2. Dua kekalahan berturut-turut dalam aksi persahabatan selepas kemenangan sensasi 1-0 ke atas skuad olimpik Korea Selatan kembali membuka mata FAM  bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh K.Rajagopal dan anak-anak buahnya andai mahu menjuarai Piala AFF dan memberi saingan bermakna dalam Sukan Asia di penghujung tahun ini.



Aku harap pihak FAM dapat mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan kompetitif untuk skuad kebangsaan agar mereka mendapat pengalaman berharga sebagai bekal dalam saingan sebenar. Mungkin agak keterlaluan kalau kita nak buat friendly match dengan Brazil, Italy atau Spain sebab kalau lawan diorang, silap-silap bola pun player kita ta boleh pegang. Tapi kita boleh dapatkan tema-team yang mempunyai kekuatan yang tidaklah begitu outstanding seperti New Zealand, Romania, Slovakia atau Bosnia. Kalau nak rasa gaya bolasepak Ameria Selatan pulak boleh test pasukan Honduras, Venezuela atau Bolivia. Kalau Afrika pulak mungkin kita boleh susun pertemuan dengan Maghribi, Libya atau Tunisia. Di Asia pulak kita kena biasakan diri menentang team macam Syria, UAE, Kuwait, Uzbekistan, Kazakhstan jika team kuat macam Saudi, Korea Selatan, Jepun atau Iran tak nak layan kita.




Aku pun hairan kenapa FAM tak anjurkan Pestabola Merdeka tahun ni. Alasan bahawa jadual liga dan kejohanan antarabangsa banyak bagi aku tak boleh diterima kerana ia menunjukkan pihak FAM tidak membuat perancangan awal. Begitu juga kejohanan Inter Continental Cup yang memberi pendedahan yang sangat baik untuk skuad Harimau Muda. Kedua-dua kejohanan ini aku rasa perlu dianjurkan secara konsisten sebagai salah satu cara untuk meningkatkan mutu bolasepak. Prestij Pestabola Merdeka yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak Asia satu ketika dahulu mesti dikembalikan.Pestabola Merdeka harus berhenti menjemput pasukan bertaraf kelab dan hanya melibatkan pasukan-pasukan kebangsaan negara-negara bertanding. Lebih baik andai ianya menjadi medan pasukan-pasukan bolasepak dari pelbagai benua untuk beradu kekuatan. Jadi tak perlulah FAM berbelanja besar untuk menghantar Skuad Harimau Muda ke Slovakia tapi peruntukan wang yang sama digunakan untuk penganjuran kedua-dua kejohanan ini. Selamat maju jaya untuk Harimau Malaya!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...