"Tulisan abang kat blog serius sangat la..Bagi la ringan sikit.." .. begitulah luahan salah seorang pembaca blog ini kepada aku. Fatin Sakinah namanya..Baru-baru ini aku sempat berborak dengan dia selepas lebih setahun rasanya lost contact. Sampai aku pun tak tahu dia dah habis belajar dan kini menyambung pengajian di tempat baru.Luahannya itu membuatkan aku tersenyum sambil berfikir sejenak. "Serius sangatkah tulisan aku ni? " hehe..
Sebenarnya memang aku akui apa yang aku tulis kat blog ini mungkin boleh dikategorikan dalam bahan bacaan yang agak berat terutamanya bagi seorang remaja sepertinya. Aku memang tak berapa pandai nak menulis benda-benda yang agak ringan dan bersifat "entertaining" ni. Kalau diperhatikan banyak benda yang aku tulis ni bersifat fakta serta ulasan tentang isu semasa, politik, sukan atau pandangan dan idea aku tentang sesuatu perkara. Memang ada artikel tentang hiburan dan seni akan tetapi ulasannya tetap bersifat sedikit 'akademik'. Namun kadang-kadang aku tetap cuba selitkan juga artikel yang agak ringan apabila berkongsi pengalaman melalui sesuatu peristiwa dalam kehidupan seharian. Kiranya macam diari jugak la..huhu
Aku memang serius tapi... |
'tulisan keras'?
ReplyDeletemacam pernah ada orang tanya dah sebelum ni..??
ada lagi yang bertanya ya?
like like like~ Saya suka tulisan abang Jeng especially kalo sentuh bab politik n Palestin..
ReplyDeleteHAHAHAHHA
ReplyDeletebaru je baca blog abg ni.
terkejut nama saya tertulis di blog pentas persada ini.
FAMOUS SEKEJAP KOTTTT!
:) wink wink ! hahahahha
Yang dekat Dara.Com tak baca? Ade gak abg cakap pasal Ina..hahaha
ReplyDelete