Ketika tersebarnya gambar Syeikh Mishary Rashed Alafasy lengkap berpakaian Tentera Udara DiRaja Arab Saudi ramai yang menyangka beliau turut mengambil bahagian secara langsung dalam operasi ketenteraan pakatan negara arab dan Islam ke atas pemberontak Houthi di Yaman. Namun sebenarnya ia adalah sebahagian gambar pengambaran videoklip terbaru beliau berjudul Nida'ul Wathan ( Panggilan Negara ). Ia adalah sebuah lagu yang dedikasikan khas kepada pemimpin dan tentera yang terlibat dalam Operasi Badai Tegas ( Decisive Storm) dalam usaha menghancurkan pemberontakan kelompak Syiah Houthi di Yaman. Jarang sekali kita mendengar nasyid berunsur patriotik sebegini sejak Muhammad Al Husayyan menerbitkan lagu Habat Riyahul Asifa ketika era perang teluk..
Nida'ul Wathan
Kedua-dua lagu ini dialunkan secara accapella atau dengan instument yang sangat minima. Ia tidaklah pelik kerana keduanya baik Syeikh Mishary atau Husayyan datang dari negara yang kuat dengan fahaman salafi iaitu Arab Saudi dan Kuwait. Saya dan Mestica sendiri pernah terlibat dalam konsert accapella bersama Inteam, Muhibbain dan Fitri Harris di Thailand.Kami tidak dibenarkan membuat persembahan dengan minus one kerana ianya disiarkan di sebuah stesen TV yang "berfahaman salafi".Ianya memang mencabar kerana tanpa muzik kami terpaksa mengolah susunan vokal supaya lebih menarik untuk hidangan penonton.
Habat Riyahul Asifa
Antara lagu Nida'ul Wathan dan Habat Riyahul Asifa, saya kira lagu Riyahul Asifa lebih "umph" dari sudut susunan vokal tanpa menafikan kelunakan dan kemerduan Syeikh Mishary dalam lagu Nida'ul Wathan. Saya mula mendengar lagu Riyahul Asifa ini dalam satu pertandingan nasyid intervarsiti yang saya sertai lebih kurang 13 atau 14 tahun dulu. Ketika itu, kumpulan nasyid Aspirasi dari UIA telah mengambil petikan lagu tersebut sebagai intro persembahan mereka. Walaupun dinyanyikan dalam bahasa melayu ianya tetap membuatkan saya ternganga kekaguman dek kerana susunan vokal mereka. "Dari arah barat daya..telah muncul sang suria..." macam tulah lirik yang saya ingat. Tak lama selepas itu baru saya tahu yang lagu itu adalah saduran daripada lagu Muhammad Al Husayyan.Ianya "dibawa" ke UIA oleh kumpulan Al Masaar yang sebelumnya memang belajar di Kuwait sebelum pulang ke Malaysia. Mereka juga dikatakan pernah mengiringi persembahan Muhammad Al Husayyan di Kuwait.
Seingat saya ketika era Nadamurni juga, nasyid berunsur patriotik juga pernah diterbitkan melalui album Malaysiaku Indah.Selepas itu saya rasa lagu nasyid berunsur patriotik hampir tidak ada atau kalau ada pun tidak begitu meninggalkan impak. Saya ada juga terfikir untuk menerbitkan lagu berunsur patriotik bersama rakan-rakan Munsyid Malaysia pada tahun ini sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Sebelum ini selalunya Munsyid Malaysia hanya menerbitkan videoklip khas sempena Maulidur Rasul, jadi tahun ini saya merancang untuk melakukan sesuatu yang sedikit berbeza. Semoga ianya menjadi kenyataan..insya allah..
No comments:
Post a Comment