Syawal tahun ini hangat dengan isu timbalan presiden PAS yang didakwa menyokong komunis dan menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. Mat Indera yang dikatakan ketua komunis Melayu di Johor telah diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ramai pihak yang memberi reaksi. Ada yang buat laporan polis, ada yang buat demo, ada yang hantar memorendum dan tak kurang pula yang membuat diskusi ilmiah.Perkara positif yang aku nampak apabila polemik ini ialah orang ramai dah kembali meminati sejarah sekaligus membuat kajian serta rujukan terhadap fakta-fakta sejarah. Aku malas nak ulas la pasal kronologi peristiwa mahupun soal siapa pejuang dan siapa pula petualang. Korang boleh buat penialian sendiri. Cuma ada beberapa persoalan yang aku nak utarakan yang dah lama juga bersarang dalam otak aku.
- Bilakah Turning Point status British daripada Musuh kepada Sahabat orang Melayu?
- Ini soalan pertama yang aku harap dapat jawapan.Sejak bila persepsi orang Melayu berubah terhadap British dari status musuh / penjajah kepada sahabat. Jika kita renung kembali fakta sejarah, pada awal abad ke-20 orang Melayu masih bersikap bermusuhan dengan British. Malah orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan Inggeris dianggap sebagai talibarut penjajah. Ini dapat dibuktikan dalam penentangan Tok Janggut di Kelantan pada tahun 1915 dan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong pada tahun 1928.
- Tok Janggut contohnya telah membunuh seorang anggota polis British berbangsa Melayu bernama Sarjan Che Wan Sulaiman yang cuba menahannya. Dalam kes Bukit Kepong yang berlaku 35 tahun kemudiannya atau 22 tahun selepas pemberontakan Hj Abdul Rahman Limbong, mengapa Mat Indera yang menyerang polis British ketika itu dianggap petualang sedangkan Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong dianggap pejuang.Yang pasti faktor membunuh saudara seagama tidak boleh digunakan kerana ketiga-tiga mereka juga turut membunuh saudara seagama mereka yang mereka anggap sebagai talibarut penjajah.Mungkinkah Perang Dunia ke-2 yang menukarkan status British daripada penjajah kepada penyelamat?
Sedutan filem Paloh: Tengok minit 5:05 sampai 5:49 menunjukkan wujudnya
tempat solat di kem gerila PKM dan anggota gerila sedang mendendngkan
lagu selawat memuji Rasulullah di kem mereka
- Mengapakah Ada Golongan Agama lebih rela berjuang bersama Komunis berbanding bekerjasama dengan British?
- Sebahagian anggota TPNM atau lebih dikenali dengan Gerila Komunis yang berbangsa Melayu digambarkan sebagai golongan yang taat kepada agama atau mempunyai latar belakang pendidikan agama. Mat Indera contohnya dikatakan seorang guru agama yang mendapat tauliah daripada Sultan Johor. Begitu juga dengan Abdullah CD dan Rashid Maidin yang dikatakan menghabiskan masa mengajar Al Quran di penempatan bekas gerila komunis selepas perjanjian damai 1989. Dalam filem Paloh yang diterbitkan sendiri oleh Filem Negara Malaysia dan FINAS, watak Ariffin Nur digambarkan seorang yang kuat pegangan agamanya namun dia turut menyertai perjuangan gerila komunis.Soalnya apakah hujah atau ijtihad yang mereka pegang sehingga mereka lebih rela mengangkat senjata bersama gerila pimpinan Parti Komunis Malaya berbanding bersekongkol dengan British?
- Adakah Semua Anggota TPNM Menganut Fahaman Komunis?
- Persoalan ini boleh dikatakan berkait juga dengan soalan yang kedua. Melihat kepada fakta bahawa komunisme menolak agama kerana menganggap "Agama sebagai racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat ", adalah mustahil seorang yang mempunyai pemahaman agama yang kuat mendokong ideologi komunis ini. Dalam satu wawancara, Abdullah CD menafikan bahawa beliau dan anggota Melayu dalam PKM meninggalkan agama. Menurut beliau fahamanan komunisme atau marxisme dalam PKM bukanlah satu dogma atau pegangan yang ketat dan tak boleh berubah. Namun ia berubah mengikut suasana dan keadaan di Malaya.Beliau menggambarkan keadaan dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan Parti Komunis Malaya mirip kepada perjuangan kemerdekaan Indonesia yang berasakan gabungan ideologi nasionalis, sosialis, agama dan komunis atau NASAKOM. Betul atau tidak cerita Abdullah CD ni aku pun tak tahu.. sebab aku tak jumpa rujukan lain yang tidak bersumberkan 'orang PKM' untuk disahkan fakta itu..
Temubual dalam llip video ini mungkin dapat menggambarkan
ideologi atau pegangan Mat Indera dan anggota PKM Melayu yang lain
ideologi atau pegangan Mat Indera dan anggota PKM Melayu yang lain
Sebagai seorang muslim, kita menolak keganasan dan penindasan baik yang dilakukan oleh komunis mahupun British. Malah andai kezaliman itu dilakukan oleh orang Islam sendiri pun, kita wajib tentang.Sejarah negara kita Malaysia sungguh berwarna warni. Kita mengharapkan agar setiap perkara yang berlaku dalam sejarah negara dilihat dan dinilai secara rasional dan berasakan fakta serta pertimbangan ilmu pengetahuan dan bukannya bersandarkan sentimen dan emosi. Islam menganjurkan kita berlaku adil bukan sahaja kepada sahabat kita tetapi juga kepada musuh kita. Sama-sama kita renungkan.. aku harap kawan-kawan boleh bantu aku dapatkan jawapan kepada 3 persoalan di atas.. syukran
No comments:
Post a Comment