Pemerhati dan aktivis politik Malaysia seminggu dua ini sedang memperkatakan tentang kes rogol seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang menteri kabinet Malaysia. Kes ini menjadi gempar setelah Wikileaks telah mendedahkan dokumen laporan siasatan kes tersebut yang dibuat oleh Migrant Care iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para pekerja Indonesia di luar negara. Memang benar kredibiliti Wikileaks juga boleh dipertikaikan namun dalam soal menjaga imej negara, sekiranya tuduhan ini satu fitnah maka tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka. Dalam masa yang sama sisatan juga harus dilakukan di atas dakwaan ini, sekiranya benar menteri tersebut bersalah dan terdapat bukti kukuh untuk mendakwa beliau maka ambillah tindakan yang sewajarnya. Janganlah kita hanya berani memukat anak bilis tapi sebaliknya jerung dibiar bebas.
Dalam sesetengah blog atau web, nama menteri ni dah terang-terang disebut. Tapi aku tak naklah sebut sebab ianya masih bersifat dakwaan. Khabarnya laporan kejadian yang berlaku sekitar tahun 2007 ini pernah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri ketika itu namun tindakan belum ada respon yang jelas sehingga kini. Kalau sebelum ini Timbalan Perdana Menteri pun boleh dipecat apalah sangat seorang menteri kabinet. Itupun kalau dia betul-betul bersalah la.Kalau nak bagi hukuman ringan sebab dia ni banyak jasa ke ape, gugurkanlah dia dari kabinet dan berilah jawatan lain ( tapi aku rasa pasti ramai tak setuju dengan langkah ini). Rakyat Malaysia tentunya tak mahu seorang perogol menjadi seorang menteri kabinet Malaysia. Sesungguhnya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Maruah seorang manusia adalah sama tidak kira dia menteri atau rakyat biasa.Fikir-fikirkan..
p/s: Di bawah ini aku lampiran salinan dokumen yang aku ambil daripada blog bigdogdotcom :
No comments:
Post a Comment