Minggu ini kita dikejutkan dengan isu penangkapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir Toyo kerana kes rasuah melibatkan pembelian tanah banglo mewahnya. Turut ditahan adalah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Shamsudddin Haryoni . Blog perisik rakyat menyenaraikan lebih 30 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Khir tapi aku tak pasti sama ada Peguam Negara yang mengetuai pendakwaan ke atas beliau memfailkan pertuduhan yang sama. Pihak pembangkang menganggap semua ini hanya wayang politik untuk mengukuhkan imej BN sebelum pilihanraya ke-13 namun dinafikan sekeras-sekerasnya oleh pimpinan BN dan peguam negara sendiri. Kita tengok saja nanti apa yang bakal berlaku.
Jom layan sketsa 'rasuah' ni
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Pemberi dan penerima rasuah, kedua-duanya akan masuk neraka". Kita sebagai rakyat tentunya dah bosan dengan penyakit rasuah yang melanda negara kita. Dari peringkat pemimpin sampailah kerani biasa semuanya tak terlepas daripada unsur rasuah. Tapi aku tidaklah kata semuanya begitu tetapi ada segelintir yang berkelakuan sedemikian. Cuma mungkin istilah saja ditukar; ada yang panggil duit kopi la, duit pelincir dan macam-macam lagi. Rasuah merupakan satu penyakit sosial yang memberi kesan yang amat besar kepada rakyat dan negara. Kerana rasuah bangunan boleh runtuh malah orang pun boleh terbunuh. Yang miskin akan bertambah miskin dan yang kaya akan bertambah kaya. Itulah bahana rasuah. Kita berharap agar masih ada pemimpin atau pihak berkuasa yang bukan saja jujur tapi mempunyai keberanian untuk memerangi rasuah di semua peringkat. Semoga Allah melindungi kita daripada penyakit rasuah ini.Amin..
No comments:
Post a Comment