Metro Ahad keluaran 12 Disember telah menyiarkan satu artikel yang agak sensasi. Biasalah akhbar berkonsep tabloid memang macam tu. Ceritanya tentang trend baru lelaki Melayu yang kini menyunting gadis-gadis dari Maghribi untuk dijadikan suri dalam hidup mereka.Jika sebelum ini wanita tempatan berbangsa Cina tidak lena tidur dengan kehadiran gadis-gadis dari 'tanah besar' dan vietnam yang 'menggoda' suami, tunang atau kekasih mereka, kini wanita Melayu juga mungkin bakal menerima cabaran yang sama. Cuma yang berbeza 'ancaman' itu datangnya dari nun jauh di utara benua Afrika. Dalam dunia globalisasi, bumi yang luas ni pun dah jadi macam perkampungan je. 20 atau 30 tahun dulu mungkin kita jarang mendengar orang kita bekerja di luar negara tapi sekarang ni 'bersepah' di mana-mana. Jururawat kita ramai di Arab Saudi dan Dubai, Engineer kita pun ade di Ghana dan Sudan malah Doktor kita juga ada di Eropah dan US. Dengan itu secara tak langsung, perkahwinan orang kita dengan warganegara asing juga menjadi suatu fenomena biasa. Datang pulak "pakej Maghribi" ni aku rasa lagi ramailah yang kawin foreigner. My second cousin pun ade yang kawin ngan orang Saudi. Skang ni dah menetap di Jeddah.Tapi raya selalunya dia balik Machang.
Opps.. melalut pulak. Sorry...Berbalik kita kepada cerita gadis Maghribi tadi. Dalam artikel yang ditulis dalam Metro Ahad tempohari berdasarkan pengalaman individu-individu yang terlibat, kelebihan mereka berbanding gadis tempatan adalah seperti berikut:
Enta mahu kawin sama ana? |
- Cantik & Berkulit Gebu
- Benda ni agak betul la sebab wanita arab ni secara relatifnya memang good looking dan berkulit cerah.Tang gebu tu aku no comment la sebab takde 'experience'.. huhu. Senang citer korang boleh tengok sendiri la gambar-gambar gadis maghribi ni. Kalau takde Metro Ahad tempohari, tanya je kat En.Google.
- Subur
- Yang ni pun aku no comment sebab aku takde rujukan. Mungkin kita boleh search kadar kelahiran di negara mereka.
- Belum "Tercemar"
- Gadis Morocco yang dirujuk dalam artikel ini sebenarnya bukanlah gadis Morocco secara umum tetapi ianya tertumpu kepada gadis pinggir bandar atau luar bandar. Istilah 'tercemar' ini pula merujuk kepada mereka tidak atau kurang terdedah kepada budaya negatif atau liar yang dibawa oleh Barat. Apatah lagi dalam budaya mereka, ibubapa sangat prihatin dan mengawal tingkah laku anak-anak gadis mereka. Jadi jika benar begitu memang betullah kenyataan ini. Apapun bagi aku ianya masih subjektif.
- Taat
- Soal taat ni agak sukar untuk dibuktikan tanpa pengalaman melaluinya. Namun boleh tanya kengkawan yang dah kawin dengan orang sana.Kita juga mungkin boleh check tengok kadar penceraian di sana sebab bagi aku kadar penceraian yang rendah sedikit sebanyak boleh mencerminkan sejauh mana 'ketaatan' seorang isteri walaupun ia bukanlah faktor tunggal dalam isu penceraian
5. Pembersih
- Usahkan orang Maghribi, orang Malaysia pun secara umumnya sukakan kebersihan.Hanya orang 'bangang' je yang pengotor. So bagi aku perkara ini tidaklah menjadi satu faktor tarikan
6. Pandai Menjaga Makan
- Sebagaimana pentingnya skill menjadi "Imam" bagi seorang lelaki sebagai ketua keluarga, begitu jugalah penting skill memasak untuk seorang isteri. Kalau tak sepandai Chef Wan pun takpe janji suami dan anak-anak boleh makan dengan gembiranya. Itu sudah cukup. Lagipun kalau dilihat dari sudut ekonomi, masak sendiri kat rumah sangat menjimatkan berbanding makan kat luar. Apatah lagi kalau isteri tercinta yang masak tentu kenyang dan menyelerakan. So dalam kes gadis Maghribi ni, kalau betul diorang pandai menjaga makan minum suami tentunya it will be a plus mark for them. Lelaki yang suka perempuan yang pandai memasak tentunya akan memilih mereka di saat ramai wanita sekarang yang dah tak ambik kisah pasal skill di dapur. Tapi kalau asyik makan roti Arab, kari kambing ngan nasi mandy, pening jugak kan? huhu
7. Bukan Jenis Pengikis
- Wanita tempatan pun rasanya ramai yang bukan dari spesis pisau cukur ni. Aku rasa sebilangan kecil (sangat kecil) saja wanita tempatan yang berperangai hodoh begitu.Lagipun ramai wanita kita yang bekerjaya so wang ni walaupun kengkadang tu tak cukup tidaklah menjadi masalah besar sampai nak mengikis harta pasangan.
8. Tidak Perlu Dating
- Perkataan 'tidak perlu' tu sangat menarik. Dating ni pulak subjektif definisinya. Kalau dimaksudkan berjumpa memang tak praktikal pun nak selalu jumpa dengan calon isteri di Maghribi. Jauh tu.. kalau dekat lain la citer. Tapi aku rasanya aku faham maksud Bro Fairudz yang menceritakan kisahnya dalam artikel ni. Dia maksudkan memang parents depa tak bagi "dating" (still subjektif definisinya). Kalau nak, terus datang jumpa ibubapa dan lamarlah anak mereka. Hmm.. susah juga tu kan?..maklumlah orang sekarang sering bercakap tentang keserasian. Oghe kelate panggey "sekung". Kalau tak pernah jumpa atau sekadar melihat gambar, macam mana kita nak mengukur tahap ke'sekung'an kita tu? Nak bercakap memang gagal la. Dia cakap Arab (diorang ni kebanyakannya takleh cakap Inggeris) kita cakap Melayu, dah jadi macam ayam itik.
- Aku rasa ini adalah perkara yang paling menarik antara semua 9 faktor yang disenaraikan.Terutamanya mereka yang dah mencapai tahap "wajib kawin" (kalau korang tak faham istilah ni, tanyalah ustaz-ustaz yang berdekatan) tapi duit tak berapa ada. Mengikut Bro Fairudz dengan hanya serendah RM 14 200.00, jejaka Malaysia dah boleh terbang ke Maghribi dan menyempurnakan majlis perkahwinan di sana. Kira "all in" termasuk tiket kapal terbang. Salah satu faktor kos rendah ni sebab nilai duit diorang memang lebih rendah daripada kita. Taraf hidup kat sana pun mungkin rendah kot so belanja pun tak besar. Kalau kat Malaysia aku rasa secara umumnya dengan kos sebegitu, duit hantaran pun belum tentu lepas. Duit catering lagi, barang hantaran dan lain-lain mungkin secara totalnya mencecah 40 hingga 50k.Yang cecah 100k pun ada, tengok la "nafsu" masing-masing macam mana. Maka agak mustahil untuk seorang fresh graduate yang baru bekerja makan gaji 2-3 tahun boleh kawin dengan duit sendiri. Kecualilah starting gaji dia dah 5k ke atas mungkin takde masalah (berapa kerat je yang macam tu pun). Yang lain terpaksalah buat loan atau pinjam sana sini. Lebih menyedihkan andai loan tu masih tak abis bayar walaupun dah anak tiga. Hmm..
BERSAMBUNG..
p/s: Ini link artikel Metro Ahad untuk rujukan korang..
No comments:
Post a Comment