Aku sebenarnya frust juga sebab tidak dapat saksikan sepenuhnya siaran langsung perlawanan pusingan pertama Final Piala AFF baru-baru ini. Masa tu aku dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang setelah menghadiri walimatul arus Cupie, salah seorang wargakerja NC. Aku bertolak dalam pukul 3 petang dari Kepala Batas dan menjangka akan tiba di Shah Alam sekitar pukul 7.30 malam. Jadi sempat la tengok kat rumah atau mana-mana maple berdekatan. Namun jangkaan aku meleset, jalan punyalah sesak dengan kereta yang berbondong-bondong pulang ke ibukota selepas bercuti. Aku hanya sampai di Shah Alam sekitar pukul 10 malam. Nasib baiklah ade handphone yang boleh tengok TV kat dalam kereta. Jadi sempatlah aku menjeling ke arah TV sambil memandu walaupun siarannya kejap clear kejap hilang.
Perlawanan malam itu merupakan persembahan yang paling menghiburkan disajikan oleh skuad negara sejak aksi final Pestabola Merdeka 2007. Pemain rajin berlari dan merebut bola, ball posession dan passing juga baik malah yang lebih penting mereka mempamerkan semangat juang yang tinggi. Mereka juga berdisiplin dan tidak melakukan kesilapan mudah.Indonesia juga bermain cemerlang namun rangkaian penyerangnya hilang idea untuk memecah benteng Malaysia yang dikawal rapi. Malaysia bernasib baik kerana punya Mat Yo yang memang bijak memanipulasi kesilapan pertahanan Indonesia sekaligus memberi ruang kepada Safee Sali dan Ashaari Shamsudin mencipta jaringan. Mahali Jasuli juga bijak melakukan hantaran lintang sekaligus memberi ruang kepada Safee Sali menjaringkan gol bertaraf dunia. Kesilapan pertahanan Indonesia Maman Abdul Rachman ketika gol pertama Malaysia juga mengingatkan aku kepada kesilapan yang hampir sama dilakukan oleh Rosdi Talib ketika aksi kedua-dua pasukan pada Piala AFF 2005 yang menyaksikan Malaysia tumpas 1-4 di stadium yang sama. Kesilapan mudah kedua-dua pemain terbabit menjadi titik tolak kepada kekalahan pasukan mereka.
Cukuplah tu. Indonesia masih punya 90 minit untuk melakukan sesuatu, tak perlulah menyalahkan orang lain di atas kelemahan sendiri. Anda tidak akan dipandang hin apabila anda mengakui kelemahan diri malah anda akan lebih disanjungi. Jika benar Sang Garuda berbisa, tunjukkan saja di tengah padang. Usah ribut-ribut dengan kisah dongeng yang bukan-bukan. Buat Harimau Malaya, buktikan kepada dunia kita memang jaguh bolasepak Asia Tenggara. Malaysia Boleh!
Aksi Malaysia di Pestabola Merdeka 2007
Laser oh Laser
Namun setelah Harimau garang membaham Garuda di padang, segelintir penyokong dan media Indonesia seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kekalahan besar pasukan mereka. Sinar laser dari penonton Malaysia dijadikan alasan kekalahan mereka. Isu yang dimulakan oleh pengurusan timnas Indonesia sejak sebelum perlawanan ini pada pandangan aku merupakan langkah awal Indonesia untuk mengkambing hitamkan isu laser jika sekiranya kalah di Bukit Jalil. Mungkin mereka telah menghidu bahawa mereka bakal kalah. Pemain Malaysia juga menghadapi situasi yang sama ketika menentang Indonesia dalam aksi peringkat kumpulan di Jakarta tempohari. Tapi kita tidak menyalahkan laser tapi sebaliknya mengakui kelemahan pertahanan yang menjadi punca kekalahan 1-5. Soal laser ni bagi kita bukanlah perkara besar sampai boleh menjejaskan permainan sebab tu pemain kita tak ambik kisah pun. Hari ni aku terbaca satu lagi tuduhan penyokong Indonesia yang mendakwa Malaysia pasang 'bomoh' untuk menang. Alamak bang! Tolonglah! Grow up la sikit! Tak payah nak buat alasan bodoh-bodoh macam tu. Bikin malu negara anda saja. Ada juga penyokong Indonesia yang lebih rasional yang mendakwa keletihan pemain yang 'diusung' ke sana ke mari sebelum perlawanan demi kepentingan politik pihak tertentu menjadi penyebab kekalahan mereka.Cukuplah tu. Indonesia masih punya 90 minit untuk melakukan sesuatu, tak perlulah menyalahkan orang lain di atas kelemahan sendiri. Anda tidak akan dipandang hin apabila anda mengakui kelemahan diri malah anda akan lebih disanjungi. Jika benar Sang Garuda berbisa, tunjukkan saja di tengah padang. Usah ribut-ribut dengan kisah dongeng yang bukan-bukan. Buat Harimau Malaya, buktikan kepada dunia kita memang jaguh bolasepak Asia Tenggara. Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment