Friday, October 15, 2010

Kelantan vs Selangor: Hangat di Dalam, Panas di Luar

Beli Tiket, Sambar Jersi
Semalam aku sempat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan sensasi antara the Red Warriors dan Red Giants di Stadium Shah Alam. Aku memang dah jangka perlawanan ni akan menarik puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan jadi aku beli tiket seawal pukul 5.00 petang. Even masa aku sampai kat stadium petang tu, sudah ramai penyokong yang melepak di sekitar stadium terutamanya penyokong Kelantan yang datang dari jauh. Sebelum balik ke office, aku sempat 'sambar' satu jersi Kelantan kat gerai jualan yang dah terpacak di luar pintu masuk stadium. Kelantan ada dua set jersi, satu merah (home) satu lagi putih (away). Oleh kerana dalam game ni team kelantan pakai jersi away, so aku beli la jersi putih. Maka terbanglah RM45 dari dompet aku. RM10 untuk tiket dan RM35 untuk jersi.Tapi tak kisah la tu.. Red Warriors punya pasal..

Jersi away the Red Warriors

Melangkah ke Stadium
Selepas menghabiskan sepinggan nasi goreng kampung di Al Rafi dan solat maghrib, aku terus memandu ke stadium yang jauhnya kira-kira 'sepelaung' je dari office aku. Tapi sebab aku nak mudah cari parking jadi aku aku gerak awal. Itu pun masih agak lewat sebab bila aku masuk kawasan parking stadium ia dah hampir penuh. Aku masuk stadium lebih kurang pukul 7.30 malam. Sebaik aku melepasi pemeriksaan keselamatan di pintu masuk., aku tengok ramai penonton yang berpusu-pusu menunaikan solat di surau stadium. Sejuk mata memandang. Aku melangkah masuk melalui Pintu H dan masa tu pun penyokong Kelantan dah hampir memenuhi ruang yang diperuntukan.Aku pun terpaksa duduk seat di bahagian atas.Nasib baiklah view dari tempat duduk tu cantik. Cuma yang tak bestnye, abang yang duduk sebelah asyik merokok je tak putus-putus.Naik rimas aku dengan asap rokok dia. Hmm.. nampaknya masih ramai orang kita yang takde civic minded.

Macam Tin Sardin
Suasana yang tenang pada awalnya mula menjadi kecoh apabila semakin ramai penyokong kelantan masuk ke dalam stadium tidak dapat tempat duduk. Malah ramai yangterpaksa duduk di tangga mahupun berdiri. Yang tak dapat langsung masuk ke dalam area penyokong Kelantan pun ramai. Apabila keadaan dah jadi macam tin sardin, penyokong-penyokong yang tak berpuasa hati mula bersuara supaya pihak stadium membuka pintu pagar ke kawasan tempat duduk belakang gol dan di sebelah vvip. Setelah campur tangan beberapa wakil Kelab Penyokong Kelantan dan pimpinan KAFA, barulah pintu pagar tersebut dibuka. Itupun pada pandangan mata kasar aku masih belum cukup untuk menampung bilangan penyokong Kelantan yang sangat ramai. Dikhabarkan jumlah tiket yang dibeli awal oleh kelab penyokong Kelantan sahaja pun sudah mencapai angka 32 ribu. Itu tak dicampur lagi yang dibeli di Shah Alam pada hari perlawanan. Jadi korang boleh bayangkanlah berapa ramai penyokong yang hadir. So memang tak pelik apabila media menyebut jumlah penyokong kedua-dua pasukan yang hadir mencecah 80 ribu orang!

Tengoklah sendiri betapa ramainya penyokong yang hadir. Ini baru Kelantan je tak campur Selangor lagi

Malangnya FAS tak belajar dari kesilapan lalu. Insiden macam ni pernah terjadi semasa perlawanan liga Super yang lepas. Kebetulan masa tu aku pun ada di stadium. Apabila penyokong terpaksa bersesak-sesak dan duduk dalam keadaan tidak selesa tentulah emosi juga akan terganggu. Tak keterlaluan jika aku katakan tindakan FAS ini pun menjadi salah satu punca utama kekecohan berlaku anatara penyokong. Sepatutnya FAS sudah boleh menjangka bilangan penonton yang bakal hadir dan memberi peruntukan tempat duduk yang sesuai.Apatah lagi FAS memang dah tahu sekurang-kurangnya sebelum hari perlawanan pun dah 32 ribu  keping dibeli penyokong Kelantan. Cubalah berlaku adil sikit..Paling mudah, bagi je sama rata macam final Piala Malaysia.Selesai masalah..


Aksi dalam Padang
Sepanjang 90 minit menonton, aku rasakan ini antara perlawanan yang paling menarik dan bermutu dalam kancah bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan saling serang menyerang dalam tempo permainan yang laju dan rancak. Jarang sekali aku dapat lihat pemain berjalan. Masing masing terus berlari dan bergerak untuk berada dalam kedudukan terbaik bagi menyerang mahupun bertahan. Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal menjadi duri dalam daging pertahanan Kelantan. Memang mereka berdualah yang menjadi nadi utama Selangor. Di pihak Kelantan pula NorFarhan, Akmal Rizal dan Nurshahrul Idlan sering mengkucar kacirkan pertahanan Selangor.Mereka banyak dibantu oleh Indraputra dan Piya yang menjadi arkitek di bahagian tengah. Walau bagaimanapun kecemerlangan penjaga gol dan pertahanan kedua-dua pasukan menafikan gol yang cuba dijaringkan oleh jentera serangan. Pendek kata perlawanan memang best cuma layangan kad merah kepada Nurshahrul dan P.Gunalan sedikit merencatkan tempo permainan apabila kedua-dua pasukan terpaksa meneruskan aksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.

Pesta Baling Membaling
Penghujung babak pertama perhatian aku dan aku rasa sebahagian besar penonton lain juga mula teralih dari aksi di tengah padang ke aksi di luar padang.Sampai aku tak perasan macam mana P Gunalan ngan Nor Shahrul boleh kena kad merah. Mana taknya, mata aku asyik tertumpu dengan aksi baling membaling antara penyokong Kelantan dan Selangor di tempat duduk bahagian belakang goal post. To be frank, aku tak pasti siapa yang mulakan dulu. Yang jelas mercun, kerusi stadium dan botol air memang jelas kelihatan berterbangan di udara. Sebahagiannya kena pihak keselamatan yang cuba meleraikan keadaan. Benda macam ni takkan berlaku kalau masing-masing tak melakukan provokasi, ejek mengejek dan sebagainya.Apa yang aku kesalkan, pihak FRU, Polis dan Rela tidak menganmbil tindakan tegas terhadap 'kepala-kepala halian' yang membuat kecoh. Kalau pihak polis terus tangkap je kepala-kepala 'gedebe' daripada kedua-dua pihak  tentu kekecohan tu takkan berlarutan sehingga hampir setengah jam. 





Sedang aku dok tengok kekcohan tu, tiba-tiba ada pulak sorang penyokong Kelantan yang bangang melancarkan mercun ke arah kumpulan paramedik. Kalau diorang tembak kawasan simpanan pemain Selangor ke aku faham la alasannya walaupun aku menetang perbuatan macam tu tapi geng paramedik tu takde kena mengena langsung dengan persaingan antara Kelantan ngan Selangor. Diorang cuma jalankan tugas untuk merawat pemain. Kesian brother tu aku tengok. Berguling-guling dia lepas kena tembak ngan mercun roket. Tak tahulah dia cedera atau tak.

Sambung Berentap di Luar
Selepas tamat perlawanan aku terus keluar dari stadium. Selalunya aku lepak dulu dalam stadium dan melihat pemain-pemain kelantan buat warming down sebelum masuk bilik persalinan. Kenkadang pemain-pemain Kelantan akan datang menyapa para penyokong yang masih tinggal sebagai tanda penghargaan. Namun kali ni aku terus je belah selepas wisel penamat tapi aku tetap stuck dalam kereta masa nak keluar dari parking lot. Maklumlah kereta terlalu banyak. Mungkin ada hikmahnya aku keluar awal. Sebaik aku sampai office dan bukak facebook  lebih kurang pukul 12.00 malam, aku terbaca berita tentang insiden pergaduhan di luar stadium dan kejadian seorang penyokong Kelantan mati akibat sesak nafas. Dalam keadaan atau suasana yang agak tegang sebegitu sedikit provokasi saja pun boleh mencetuskan pergaduhan. Dilaporkan memang ada yang cedera malah ada gambar mangsa yang tersebar di internet.

Aku tak pasti ini gambar mangsa yang sesak nafas atau yang kena pukul ( cerita lanjut rujuk kat sini )

Sampai Bila Samseng Bolasepak Berterusan?
Aku tak tahulah sampai bila mentaliti  segelintir penyokong yang bebal dan berlagak samseng ni nak berubah. Soal mercun saja pun dah berbuih FA negeri bagitahu penyokong tapi diorang tetap degil malah kini mercun yang lebih advanced dibawa masuk ke dalam stadium. Memang agak mustahil untuk pihak keselamatan memeriksa satu persatu penyokong yang berjumlah ribuan orang. Benda ni hanya dapat settle melalui kesedaran dan perubahan attitude para penyokong sendiri. Satu lagi aku syorkan, lepas ni jangan benarkan air mineral dalam botol dibawa masuk ke dalam stadium sebab benda nilah yang menjadi objek balingan yang paling popular. Kalau diorang nak minum atau nak jual, kena jual air dalam plastik atau gelas polistrin atau yang sewaktu dengannya. Sekurang-kurangnya material macam tu sukar untuk dijadikan objek balingan.

Dari kiri: Menter Besar Kelantan, Tengku Bendahara dan Sultan Muhammad V

Selamat Berjuang
Kepada para penyokong, janganlah kita terlalu fanatik dan ekstrem dalam memberi sokongan. Kita masih punya iman dan adat ketimuran yang perlu kita hayati dan patuhi. Janganlah terlalu mengikut emosi. Berilah sokongan yang membina kepada pasukan kesayangan masing-masing dan janganlah pula memberi sokongan yang membawa rebah. Aku ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Che Karma Sulaiman yang meninggal dunia dalam kejadian tempohari akibat sesak nafas juga kepada mangsa-mangsa budaya samseng bola sepak. Buat penyokong setia the Red Warriors marilah sama-sama kita buktikan bahawa kita adalah penyokong terbaik di Malaysia sama ada di dalam mahupun di luar stadium serta layak bergelar anak jati Bumi Serambi Mekah. Buat pasukan The Red Warriors, berjuanglah dengan penuh kesungguhan demi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan buat pertama kali. Alangkah manisnya jika tahun ini kita dapat hadiahkan Piala Malaysia kepada DYMM Sultan Muhammad V sempena pertabalan Baginda. Gomo Kelate Gomo! Takbir!


No comments:

Post a Comment