Selain daripada aksi yang tidaklah begitu menarik di tengah padang untuk diperkatakan, perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Kedah semalam turut diwarnai dengan insiden kecederaan beberapa pemain sehingga terpaksa ditukarkan. Dalam tempoh singkat, Kelantan terpaksa menghabiskan kuota pertukaran pemain simpanan mereka. Bermula dengan Azizi Mat Rose yang cedera setelah bertembung dengan salah seorang pemain Kedah, S.Subramaniam yang masuk menggantikannya pula terpaksa dikeluarkan. Yang lebih melucukan dan menyedihkan, Subra tercedera bukan kerana 'body contact' mana-mana pemain Kedah tapi dia dilihat terjatuh bersendirian ketika cuba mendapatkan bola.
" What's wrong?", begitulah yang terpacul dari mulut jurulatih Kelantan B.Sathianathan sebaik melihat Subra diusung keluar walaupun tak sampai 5 minit beraksi di atas padang. Subra kemudiannya digantikan oleh Daudsu Jamaluddin sekaligus memaksa Sathia mengubah posisi pemain pertahanan. Farisham Ismail dibawa ke posisi pertahanan tengah dan Daudsu mengambil alih tempatnya di pertahanan kanan.Tidak lama selepas itu, Shakir Shaari pula diusung keluar selepas berlaga dengan seorang pemain Kedah dan digantikan oleh Khairan Eroza. Khabarnya Shakir mengalami keretakan pada bahagian dagu dan masih 50:50 untuk diturunkan Sabtu ini. Azizi pula dikatakan boleh melupakan terus aksi Piala Malaysia kali ini. Kita tengoklah nanti sama ada Kelantan boleh membenam Kedah walaupun tanpa kelibat 2 tonggak ini.
Di luar padang pula, kedua-dua penyokong pasukan berjaya mengekalkan keamanan dan keceriaan menonton bolasepak sepanjang perlawanan berlangsung. Malah ada penyokong Kelantan yang mengatakan kedua-dua pihak boleh duduk minum semeja dan borak-borak bersama selepas perlawanan. Hmm.. inilah yang kita nak. Buat apa gaduh-gaduh.. Kita datang stadium nak sokong team kesayangan kita.. Kalah menang adat pertandingan. Tak perlulah sampai kita mengikut emosi. Harapnya suasana begini akan terus berkekalan sampai bila-bila.Tahniah..
No comments:
Post a Comment