Friday, July 30, 2010

Korea Selatan,Pemilihan FAM dan Jersi Bola Haram

Fan Harimau Malaya macam aku masih bergembira dengan kejayaan pasukan bawah 23 tahun Malaysia mengalahkan skuad Olimpik Korea Selatan 25 Julai yang lepas. Walaupun ia hanya aksi persahabatan dan tidak melibatkan pasukan utama kedua-dua negara, ia tetap bermakna dan manis.Korea di atas kertas tetap dilihat lebih gagah berbanding Malaysia walaupun di peringkat umur. Kali terakhir kedua-dua negara bertembung adalah pada tahun 1995 yang berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada Malaysia sempena Pestabola Merdeka. Ketika itu skuad negara dibarisi pemain seperti Azman Adnan, Zahasmi Ismail, Khairul Azman dan lain-lain yang aku dah tak ingat nama mereka. Barisan yang diturunkan K.Rajagopal 25 Julai lepas adalah skuad yang hampir sama memenangi pingat emas dalam Sukan SEA yang lepas. Dan pada pendapat aku, skuad ini punya masa depan yang cerah jika mereka 'dijaga' dengan betul. Malah jurulatih korea sendiri mengakui bahawa beliau terkejut dengan persembahan cemerlang Malaysia. Next aim is Piala AFF dan kemudiaannya Sukan Asia. Nak jadi juara Piala AFF tidak mustahil tapi untuk menjadi juara sukan Asia akan datang agak sukar. Mungkin sasaran yang masuk akal ialah layak ke pusingan kalah mati.




Hujung minggu ni peminat dan pemerhati bolasepak Malaysia turut menumpukan perhatian mereka kepada pemilihan Majlis FAM yang bakal berlangsung ahad ini. Sultan Ahmad Shah dah confirm kekal sebagai presiden tapi jawatan-jawatan lain menyaksikan pertandingan sengit antara calon-calon yang menawarkan diri. Bagi jawatan Timbalan Presiden, aku lebih cenderung untuk memilih Tan Sri Anuar Musa dan Dato Mokhtar Ahmad walaupun salah satu slot macam confirm diisi oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad. Aku bukanlah nak derhaka pada Raja tapi aku rasa adalah lebih baik Tengku Abdullah memberi tumpuan kepada tugas baginda sebagai Presiden Persatuan Hoki Malaysia. FAM ni kita bagi peluang kat muka-muka baru pulak.Lagipun Tan Sri Anuar dan Dato Mokhtar telah membuktikan keupayaan mereka mengendalikan pasukan negeri mereka iaitu Kelantan dan Selangor dengan baik sehingga kedua-dua pasukan terus mengungguli Liga Super.

Tan Sri Anuar Musa: Arkitek kejayaan Kelantan
Tokoh-tokoh macam Raja Ahmad Zainudin, Dato Che Mat Jusoh, Dato Afandi Hamzah dan muka-muka lama yang lain wajar berundur kerana anda telah terbukti gagal memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan bolasepak Malaysia secara keseluruhannya. Malah FAM sebelum ini dikritik hebat dengan isu jadual perlawanan liga yang berubah-rubah, larangan pemian import, format liga yang tidak konsisten dan sebagainya. Adakalanya tindakan FAM menjadi bahan lawak jenaka di kalangan peminat sukan tanah air. FAM hanya boleh tersenyum sikit selepas pasukan negara menang Sukan SEA tahun lepas. FAM sebenarnya perlukan muka-muka baru dengan idea yang lebih segar dan bertenaga. Sudah terlalu lama peminat bolasepak Malaysia dahagakan kejayaan yang dicapai pasukan Harimau Malaya.

Oh cik adik, mengapa la ko pakai benda tu (gambar ihsan Harimaumalaya.Com)

Selepas piala dunia baru-baru ini juga kaki bola dikejutkan dengan fatwa beberapa ulama tanah air yang mengharamkan pemakaian jersi yang tertera lambang salib oleh umat Islam. Yang paling terkejut tentunya fan Brazil, Spain dan Portugal.Fan Man Utd juga tak terkecuali sebab jersi mereka tertera lambang/gambar syaitan (red devils la katakan). Pandangan ini bagi aku harus diambil serius dan dihormati oleh setiap umat Islam. Memang jelas seorang muslim tidak boleh sesekali memakai satu pakaian yang punya lambang salib sebegitu kerana ianya boleh menjejaskan akidah kita. Aku  masih ingat sewaktu di Sains Dungun dulu, kami dilarang keras untuk memakai jersi sebegitu malah ianya akan dirampas atau dilupuskan. Begitu juga dengan jersi pasukan yang tertera jenama arak. Masa tu aku masih ingat yag jadi mangsa jersi Liverpool yang ditaja Carlsberg dan Newcastle yang ditaja Brown Ale.Aku selamat sebab aku fans Chelsea. Masa tu penaja dia autoglass.hehehe..Satu ketika dulu ulamak kita juga pernah menegur tentang pemakaian tanduk setan terutamanya di kalangan budak-budak perempuan yang menyokong MU. Alhamdulillah aku tengok teguran itu dipatuhi. Namun, masa Malaysia lawan Korea baru-baru ni, masih ada lagi budak perempuan yang pakai tanduk setan tu, tak padan dengan tudung yang dipakai. Dah la sokong Korea, tak patriotik langsung!

No comments:

Post a Comment