Tuesday, December 1, 2009

The Worst Traffic Jam Ever

Sejak 27 tahun aku hidup kat bumi Allah ni, aku rasa perjalanan aku pulang ke Kelantan semasa cuti hari raya Idul Adha tempohari adalah perjalanan yang paling panjang dan memakan masa yang paling lama. Aku bertolak pulang dari putrajaya pada hari khamis 26 November lebih kurang pukul 10.45 pagi. Aku balik ke machang berlima bersama Ayah, Ma Kak Ya dan sepupu aku Faiz. Kalau ikut plan asal Ayah ngan Ma balik pada hari Rabu tapi oleh sebab kereta ayah breakdown, kenalah diorang naik kereta aku. Lepas ambik Faiz kat Mentari Court, Ayah & Ma kat rumah Kak Reny and KakYa di Putrajaya, aku terus bertolak pulang melalui lebuhraya Kesas.

Sampai di Ampang jalan dah mula sesak. Kami mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke plaza tol Gombak. Masuk ke lebuhraya Karak keadaan masih sesak dengan kenderaan bergerak perlahan. Actually setiap kali musim perayaan ada beberapa tempat yang jammed dalam perjalanan pulang ke Kelantan iaitu jalan nak masuk bandar bentong dan raub, lebuhraya karak, jalan sebelum masuk merapoh, dan akhir sekali sebelum masuk bandar Kuala Krai. Then kalau ke arah Kota Bharu keadaan akan kembali sesak sebelum masuk ke pekan Ketereh. Ke arah Pasir Mas pula di bulatan Pasir Pekan dan Jambatan Sultan Yahya.

Kami sampai di Machang hampir pukul 1 pagi. So aku memandu hampir 14 jam untuk sampai ke kampung. Aku tengok sepanjang perjalanan lebih daripada 10 kenderaan yang 'tewas' kerana masalah overheat menyebabkan sebahagiannya tersadai di tengah-tengah jalan sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas. Nasib baiklah, kereta aku takde masalah. Kepenatan memandu menyebabkan aku nyaris-nyaris tak pegi semayang raya.Nasib baik ayah kejutkan aku.

Masalah kesesakan lalulintas di Kelantan setiap kali musim perayaan ni takkan selesai selagi tiada lebuhraya dibuat untuk ke Kelantan. Orang Kelantan ni ramai yang merantau jadi ramai la yang balik bila tiba musim perayaan. Pembinaan lebuhraya melalui Bentong - Raub - Kuala Lipis -Gua Musang - Kuala Krai memerlukan kos yang tinggi kerana keadaan muka buminya yang berbukit bukau. Kerajaan Persekutuan hanya boleh membinanya melalui projek pembiyaan swasta yang tentunya melibatkan lebuhraya bertol. Ini bertentangan dengan kehendak kerajaan negeri Kelantan yang ingin mengekalkan Kelantan sebagai negeri tanpa tol. Malah rakyat yang menetap di Kelantan pun majoritinya tidak mahu lebuhraya bertol. Kalau sesak sekalipun di kelantan tidaklah sepanjang masa tapi hanya 2 kali setahun iaitu setiap kali Idulfitri dan Iduladha. So kami yang geng perantau ni kena la berkorban sikit dengan menempuh traffic jam setiap kali pulang ke kampung pada musim perayaan. Sekurang-kurangnya kami punya pengalaman unik yang mungkin tak ditempuh oleh kawan-kawan dari negeri lain..hehe

No comments:

Post a Comment