Wednesday, December 2, 2009

Kembara ke Johor

Azman (Mu'min), Azizi, Waie, Kerol dan Faizal (Mu'min) di Masjid Sg Rengit

Aku tak berada lama di Kelantan untuk perayaan Iduladha tahun ni. Pada pagi hari raya kedua aku terus bergerak ke KL sebab petangnya aku perlu ke Sungai Rengit, Johor bagi menghadiri program Qurban Perdana anjuran ubat gigi Mu'min. Nasib baiklah jalan tak jammed macam masa aku balik ke Kelantan tempohari.Aku sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 2.30 petang dan sebaik sahaja selesai solat Asar aku terus ke Sg Rengit bersama Kerol, Dakmie dan Waie. Perjalanan ke Sg Rengit mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dalam perjalanan sempat juga kami singgah makan satay dan sup bombay di Bandar Penawar. Memang best sup tu, malangnya aku lupa nama kedai tu. Kalau tak boleh kongsi ngan korang.

Salah seekor lembu qurban

Program Qurban Mu'min ni dimulakan seawal pagi hari raya ketiga. Proses penyembelihan lembu dilakukan di Masjid Sungai Rengit tetapi majlis pengagihan daging dan sumbangan dibuat di dewan orang ramai Sg Rengit. Alhamdulillah proses ibadah korban yang aku saksikan buat pertama kalinya di luar Kelantan memberi jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran aku selama ini. Soalannye actually simple je. Kami di Kelantan selalunya orang perlu hadir untuk melihat proses sembelihan. Kalau diwakilkan pun, setiap individu hanya boleh mewakili seorang saje. Perkara ini berlainan dengan apa yang aku saksikan di Sg Rengit. Hanya seorang saja mewakili 14 orang yang menjalankan ibadah qurban ( 2 ekor lembu la tu). Agaknya metod yang sama digunakan di KL dan Selangor yang sebahagian besar orang hanya mewakilkan AJK Surau atau Masjid untuk menjalankan ibadah Qurban bagi pihak mereka. Yang lebih menarik juru sembelih menyelitkan daun hijau di telinganya semasa menyembelih. Katanya itu petua orang tua untuk mengelakkan bau hanyir pada daging. Aku pun tak pasti sejauh mana benarnya petua ini dari sudut saintifiknya.

Sebahagian tetamu yang hadir di Dewan Sg Rengit

Majlis penyampaian berlangsung meriah walaupun dalam keadaan serba sederhana. Sebelum penyampaian dibuat kepada golongan yang memerlukan, hadirin disajikan dengan ceramah khas dan persembahan nasyid dari Mestica dan kumpulan nasyid tempatan. Yang Berhormat kawasan berkenaan turut hadir memeriahkan suasana. Habis saja event lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami terus makan tengahari sebelum bergerak ke sebuah resort yang diusahakan kenalan kami, Azizi, di Tanjung Balau.

Abang-abang bomba yang terlibat dalam operasi SAR

Memang dah lama aku tak lepak tepi pantai. Angin laut yang bertiup membuai indah dan menyebabkan aku terus tidur bila masuk ke bilik. Lgpun aku nak menghilangkan rasa penat pemanduan jauh dalam tempoh 2 hari. Actually masa mula-mula kami sampai di pantai Tg Balau kami tengok ade beberapa kenderaan bomba dan polis dan orang ramai berkumpul. Rupanya ada 2 remaja lelaki yang lemas pada paginya. Mayat salah seorang daripada mereka dah dijumpai. Sampailah kami bertolak pulang ke KL pada pukul 11.30 malam, mayat seorang lagi mangsa masih belum dijumpai. Hairan juga dengan sikap sesetengah belia kita ni, suka sangat langgar peraturan. Pantai Tanjung Balau ni memang zon larangan mandi. Pihak berkuasa dah naikkan papan tanda amaran tapi ada jugak yang buat tak endah. Inilah akibatnya..

Best jugak lepak kat pantai sekali sekala

Sebelum pulang kami dan geng Mu'min dihidangkan dengan barbeku daging,ayam dan seafood oleh Azizi. Thanks bro! Oleh kerana guest tak ramai sangat kat restoran resort, sempat la aku, Dakmie, Waie, Kerol dan Faizal (Mu'min) berkaraoke barang selagu dua melepaskan gian menyanyi.hehehe.. Kebanyakan lagunye adalah lagu rock kapak yang sering kami dengar di awal usia dulu. Ada lagu Search, Lefthanded, Fotograf, Jamal Abdillah, May dan yang seangkatan dengannya. Sekurang-kurangnya kami dapat melupakan seketika kepenatan bekerja dan kesibukan kota. Selepas semuanya selesai kami bertolak pulang dengan perut yang tenang dan hati yang gembira. Yeay!!!

Borak-borak sambil makan

No comments:

Post a Comment