Kebelakangan ini aku dan Dakmie sedang mengikut rapat perkembangan yang berlaku di kawasan majoriti muslim di Filipina khususnya di kepulauan Sulu. 19 Mac yang lalu secara rasminya bermulalah perjuangan satu gerakan yang menamakan diri mereka United Tausug Citizens (UTC) untuk mengembalikan kedaulatan dan kuasa Kesultanan Sulu Darul Islam. Mereka telah menabalkan Sultan Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan sebagai Sultan Sulu Darul Islam dan pelantikan Mufti Kesultanan Sulu iaitu Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab serta anggota Rumah Bichara( kabinet) yang lain. Menariknya penabalan dan pelantikan ni didokong oleh ribuan rakyat Sulu dan tidak seperti sebelum ini di mana individu-individu yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu disokong kuat oleh pentadibiran Filipina. Dan pentadbiran Filipina akan memanipulasi "Sultan Sulu" ini untuk menyokong tuntutan Filipina ke atas Sabah. Selain iu UTC juga memilih perjuangan secara aman yakni menggunakan saluran politik dan undang-undang sekaligus tidak mengikut jejak langkah MNLF, MILF mahupun Abu Sayyaf.
UTC yakin Sultan Sulu yang berdaulat mempunyai hak dari sudut undang-undang untuk kembali berkuasa dan membentuk pentadbiran negara Sulu Darul Islam yang merdeka. Hakikatnya Kesultanan Sulu juga tidak pernah termansuh.Selama ini Filipina cuba menutup fakta ini dengan "mempopularkan" istilah Moro iaitu satu istilah berbaur penghinaan yang digunakan oleh penjajah Sepanyol kepada penduduk Muslim di Kepulauan Filipina. Sehinggakan muslim Filipina sendiri menggunakan istilah Moro untuk merujuk kepada diri mereka. Sedangkan mereka adalah masyarakat Muslim yang tergolong dalam pelbagai etnik rumpun Melayu seperti Tausug, Bajau, Sulu dan sebagainya. Malah masyarakat Muslim ini telah diyakinkan bahawa mereka adalah rakyat Filipina dan bukannya rakyat Kesultanan Sulu. Maka dengan itu undang-undang Filipina boleh dikuatkuasakan ke atas mereka tetapi jika mereka menisbahkan diri mereka sebagai rakyat Sulu maka undang-undang Filipina tidak terpakai ke atas mereka. Mungkin perkara ini agak complicated tapi fakta ini telah terbukti semasa peristiwa perarakan UTC pada 19 Mac yang lalu.
Antara strategi awal UTC untuk menyokong perjuangan mereka adalah dengan mendaftarkan seramai mungkin individu yang mengaku sebagai rakyat Kesultanan Sulu dan mengeluarkan surat kelahiran sebagai bukti. Pengedaran surat kelahiran UTC ini di kalangan imigran di Sabah turut mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia sehingga isu ini turut disentuh di parlimen Malaysia. Malaysia secara sedar atau tidak sememangnya mengiktiraf kedaulatan Kesultanan Sulu kerana sehingga hari ini kerajaan Malaysia masih membayar wang pajakan RM5000 setahun untuk Sabah kepada mereka yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu melalui kedutaan Malaysia di Manila. Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir, UTC dan Sultan Sulu Darul Islam berpendirian Sabah harus kekal dalam persekutuan Malaysia dan tidak perlu diganggu gugat oleh sesiapa pun. Kerana bagi UTC yang lebih penting, orang Sabah telah selesa dan aman berada di bawah kerajaan Malaysia dan tidak tertindas sepertimana di bawah pentadbiran Filipina.
Sebenarnya jika ditelusuri kisah Kesultanan Sulu ini banyak fakta-fakta menarik dan mungkin juga mengejutkan ditemui. Antaranya ialah peminjaman 400 ribu tan metrik jongkong emas milik Trusty Kesultanan Sulu oleh Kerajaan Filipina untuk menubuhkan bank negara Filipina pada tahun 1949. Begitu juga dengan dakwaan bahawa Queen Elizabeth II dari England adalah keluarga Sultan Sulu. Percaya atau tidak, telitilah dulu fakta-fakta yang diutarakan UTC.
Aku tumpang gembira andai ditakdirkan Kesultanan Sulu ini kembali berdaulat. Selain dapat menyelesaikan penderitaan Muslim Sulu (Tausug), satu lagi kesultanan Melayu akan kembali bertakhta. Yang penting untuk merealisasikan matlamat ini, bangsa tausug dan rakyat Sulu seluruhnya harus bersatu menuntut hak mereka. Buat teman-teman yang ingin mengikutilebih lanjut perkembangan UTC dan Kesultanan Sulu, bolehlah melayari blog tausug-global.blogspot.com Atau boleh juga dapatkan buku "Tausug dan Kesultanan Sulu" tulisan saudara Asreemoro. Aku pun dah beli buku tu kat Saba' Islamic Media di Kompleks PKNS Shah Alam cuma baca je belum habis lagi.hehehe.. Semoga perjuangan mereka semua mendapat pertolongan Allah SWT.

INSYALLAH... Doa dan sokongan anda saudara sesama Isla, amat dihargai...
ReplyDeletehurm.. adakah kebangkitan Kesultanan Sulu menjadi ancaman kpd Negara Islam Asia Tenggara ataupun menjadi kekuatan kepada Negara Islam Asia Tenggara ?
ReplyDeleteTentunya Kesultanan Sulu tidak akan menjadi ancaman malah ia akan menambah kekuatan yang sedia ada pada umat Islam Nusantara
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletekite mohon, kesultanan sulu menjadi pemangking kekuatan umat islam nusantara..
amin..
Insya'Allah ...
ReplyDeleteYa .. MORO People adalah propaganda Penjajah sepanyol dulu ... untuk memanggil orang2 yg berugama Islam sbg Moro dan merendah2kan martabat mrk. Sepatutnya .. Penduduk2 disitu dipanggil Orang2 Sulu yg menetap di tanah air mrk...
Salam perjuangan.
siapa sangka bangsa inilah membawa panji2 hitam
ReplyDeleteHairan....Rumpun KeSultanan Sulu adalah keterunan zuriat dari Empayar Brunei semasa Sultan Hassan begitu juga Sarawak, Sabah, Filipina dan Sambas. Tapi tidak sesorang pun menyebut Brunei. Adakah kamu di manupulasi dengan sejarah modern?
ReplyDeleteBrunei memang dah makmur dan berdaulat.. Sulu yang dalam keadaan tertindas.. Tak sebut tidak bermaksud kita tidak suka atau tidak sayangkan Kesultanan Brunei :)
ReplyDeleteAsalammualaikum....ada sesiapa yg ble membantu saya utk berhubung dngn sultan roodinod s Kiram II...beliau merupakan atok tiri saya...sudah sepuluh tahun tidak bersua...hilang bgitu sahaja....Terpisah sejak kecil lagi...
ReplyDelete