Tuesday, March 10, 2009

Puisi Dariku Untukmu

Assalamualaikum wbt... mohon maaf kepada teman-teman sebab dah lama tak posting. Kesibukan tugasan aku di office memang merencatkan sedikit kerancakan penulisan artikel di blog ini. Aku dan geng Nasyeed.Com baru je selesai mengendalikan event Maulidurrasul peringkat Negeri Selangor. Hampir seminggu lebih kami asyik stay up.Aku lebih banyak backup kerja-kerja studio dan multimedia presentation terutamanya dari sudut penyediaan skrip dan rakaman voice over. Selepas mencuba beberapa personaliti akhirnya pihak JAIS minta aku guna suara aku sendiri untuk rakaman voiceover dan bacaan ayat suci Al-Quran. Apapun yang lebih istimewa bagi aku, puisi yang aku nukilkan sendiri terpilih untuk dideklamasikan sempena sambutan tersebut oleh personaliti terkenal iaitu Dato Rahim Razali.So kali ni aku nak kongsikan puisi tu untuk tatapan teman-teman sekalian


SIRAH PERJUANGAN


Ya Rasulullah
Obor perjuanganmu masih menyala
Kehangatan kasihmu mash terasa
Walau lebih seabad dikau kembali mengadap-Nya
Tidak sesaat mahupun sedetik kami terlupa

Satu ketika di bumi Taif
Dikau dihina malah dicerca oleh merekak yang naif
Jasadmu dilontar batu, najis segala
Seruan sucimu menjadi bahan jenaka
Hanya tabah dan sabar menjadi senjata
Marah, dendam,
Jauh sekali dari bicara

Ya Habiballah
Sebelum kedatanganmu sebagai Rasul
Bumi Hijjaz masih dirundung kegelapan
Umat Arab hidup dibelenggu kejahilan
Arak pembunuhan, penzinaan menjadi mainan
Hingga anak dibunuh kerana dia perempuan

Namun itu semua tiada lagi dari pandangan
Kehinaan kini bertukar kemuliaan
Terhapus kemungkaran, muncul kebaikan
Maha benar firman Ar Rahman
Tiada sebab lain kau diutuskan
Melainkan utuk membawa rahmat ke seluruh alam

Nukilan : Razin Mestica
7 Rabiul Awal 1430 / 4 Mac 2009M

Deklamator: Dato' Rahim Razali

3 comments:

  1. awat tembam sgt ni?

    ReplyDelete
  2. salam sheikh..
    ni ana dah dpt jumpa artikel tu..
    hope 2 hear from ur view..


    Apabila nasyid hilang identiti ?

    IRAMA nasyid mula mendapat sambutan hangat dalam industri muzik tanah air pada tahun 1997 apabila kumpulan Raihan muncul dengan album sulung mereka, Puji-Pujian. Album itu mencatat sejarah album paling laris yang dijual lebih 750,000 unit.

    Mulai saat itu, Raihan bukan setakat meniti puncak populariti, malah turut mencetuskan suatu fenomena baru dalam bidang rakaman album di negara ini. Antaranya menyaksikan kemunculan banyak kumpulan nasyid yang dibaratkan cendawan selepas hujan. Kemudian banyak pula penerbitan banyak album nasyid yang mempergayakan dalam pelbagai rentak.

    Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM) yang akan diadakan pada 2 Mei depan misalnya, turut memberi pengiktirafan kepada irama nasyid sama seperti genre muzik yang lain.

    Sayangnya, selepas 12 tahun, irama yang berasal dari Asia Barat itu dikatakan semakin jauh tersasar daripada segi tema lirik serta keaslian muziknya.

    Irama nasyid kini semakin hilang identitinya daripada segi elemen-elemen muzik di dalamnya yang bercampur aduk dengan muzik-muzik lain. Pada peringkat awal, irama nasyid banyak disaluti melodinya yang lembut serta mendamaikan dengan menggunakan alat-alat muzik tidak bertali terutamanya gendang, tabla dan kompang.

    Penyanyi Nazrey Johani dan Raihan antara artis nasyid yang dilihat masih mengekalkan penggunaan alat-alat muzik itu yang dianggap sebagai konservatif dalam irama nasyid.

    Secara umumnya ramai yang mungkin bersetuju irama nasyid digunakan sebagai medium untuk berdakwah. Namun, terdapat kekeliruan apabila segelintir penyanyi atau kumpulan yang mendakwa mengetengahkan lagu-lagu nasyid tetapi tidak pula membawa mesej dari lirik yang sepatutnya.

    Penggunaan banyak alat-alat muzik moden juga dilihat kurang perlu kerana apa yang penting ialah kekuatan melodi dan harmoni vokal serta mesej yang ingin disampaikan.

    Irama nasyid juga kini tidak jauh bezanya dengan muzik-muzik moden lain kerana ia turut menggunakan instrumen-instrumen seperti gitar, bass, deram dan keyboard.

    Dengan adanya instrumen seperti itu, lengguk irama nasyid kini tidak lagi selembut dulu, sebaliknya tempo serta semangatnya lagu-lagunya juga seakan-

    akan lebih rancak daripada lagu pop.

    Malah, percampuran elemen-elemen muzik dari Barat seperti hip hop yang adakalanya kasar gaya sebutannya turut diselitkan dalam lagu-lagu nasyid moden sejak kebelakangan ini.

    Bukan tidak mahukan pembaharuan, tetapi tokok tambah muzik moden yang agak melampau seperti itu adakalanya bukan setakat menjejaskan identiti asal irama nasyid. Kalau sudah dipergayakan, tidak usah menggunakan nama “nasyid”, sebutlah apa saja nama baru yang lebih sesuai.

    Ini kerana eksperimentasi seperti itu akan mencetuskan persoalan-persoalan lain seperti hala tuju dan keaslian irama nasyid dalam menyampaikan mesejnya kepada khalayak.

    Contohnya, bagaimana untuk menyampaikan mesej atau dakwah jika lagu-lagu nasyid yang disampaikan itu bingit, rancak, terkinja-kinja dan bercelaru pula sebutan vokalnya?

    Tidak seperti kumpulan-kumpulan nasyid tahun 1970-an dan 1980-an seperti Al-Jawahir, El Suraya dan Al-Mizan, pendekatan mereka dalam bernasyid tidak banyak mencetuskan pertikaian ramai.

    Meskipun tampil dengan konsep muzik pop, tetapi lengguk melodi lagu serta lirik-lirik yang mereka sampaikan jelas masih berada dalam jalur irama nasyid yang sopan dan bermatlamat.

    Kumpulan-kumpulan nasyid moden hari ini bukan tidak bermatlamat tetapi matlamat itu lebih untuk mencari pembaharuan muzik dan berorientasikan komersial semata-mata.

    Pada masa sama, ada juga di kalangan penyanyi nasyid yang merakamkan album dengan menyanyi atau membacakan semula petikan surah-surah dari al-Quran dalam karya-karya mereka.

    Pendekatan itu bolehlah dianggap sebagai Islamik, tetapi yang kurang eloknya ialah, ia dilihat sebagai jalan mudah untuk menambahkan lagi produk-produk nasyid di pasaran.

    Sepatutnya, golongan ini tampil dengan melodi lagu-lagu nasyid dan lirik-lirik terbaru berdasarkan situasi semasa serta tidak lari daripada landasan asal iaitu menyampaikan mesej-mesej yang baik.

    Apabila berlakunya lambakan album nasyid yang berkonsepkan sedemikian, ia telah menimbulkan kekeliruan bukan sahaja di kalangan pendengar, tetapi juga panel juri pada sesuatu anugerah.

    Para juri AIM16 misalnya, mungkin keliru mengadili album atau lagu nasyid yang dipertandingkan jika ia menampilkan petikan ayat-ayat suci al-Quran yang tidak boleh dipertikaikan.

    Kesukaran mengadili lagu atau album nasyid seperti itu dapat dirasai kerana, bagaimana untuk memberi pemarkahan kepada ayat-ayat al-Quran yang terbukti jelas tiada cacat celanya?

    Kalau boleh biarlah kemunculan album-album nasyid bukan setakat memberi hiburan, sumber ekonomi dalam industri muzik tetapi juga tanggungjawab sosial mereka kepada khalayak.

    Justeru, niat untuk menerbitkan album-album nasyid haruslah jelas kerana biarlah keuntungan sesebuah album itu seiring dengan manfaat yang bakal diperoleh oleh para pendengar kelak.
    Oleh ABD. AZIZ ITAR
    sumber daripada utusan.com.my

    ReplyDelete