1.Di saat para peminat mengharapkan kepuusan positif yang dijelmakan oleh pasukan negara, sekali lagi mereka dikecewakan dengan aksi longlai di Hong Kong.Kekalahan semalam menyempitkan lagi ruang Malaysia utk meloloskan diri ke Piala Asia 2019.
2.Aksi Malaysia di awal permainan nampak meyakinkan di mana Malaysia lebih banyak menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan menerusi bahagian sayap.Overlapping daripada Matt Davies banyak memberi masalah kepada Hong Kong.
3.Masalah utama Malaysia ialah kita tiada goal poacher atau penyerang tulen yang punya kemahuan yang tinggi utk menjaringkan gol. Kita boleh lihat beberapa crossing mahupun cut back cantik daripada bahagian sayap berlalu begitu sahaja tanpa ada sesiapa menyambut malah tiada siapa pun cuba membuat connection utk menghasilkan gol.
5.Tidak dinafikan kad merah safiq rahim adalah turning point kepada kekalahan malaysia semalam.Sebaik sahaja insiden itu berlaku, pemain negara hilang fokus dengan mendapat 2 kad kuning yang sia-sia dan menghadiahkan satu gol untuk Hong Kong. Memang sesuatu yg sukar untuk bermaian 10 orang dalam perlawanan antarabangsa sebegini.
6.Matt davies dan syamer Kutty adalah dua pemain yang saya kira sedikit menyerlah dalam perlawanan semalam. Davies sangat rajin turun naik bertahan dan menyerang. syamer juga kerap kali melakukan pintasan-pintasan penting dan beberapa kali berjaya mencuri bola daripada kaki pemain lawan.
7.Walaupun dikritik hebat selepas kekalahan semalam, saya masih meletakkan keyakinan kepada Vingada, Tan Cheng Ho dan Carlo Ancelloti (bukan dia pun, muka je sama..haha). Betul keputusan perlawan belum menampakkan hasil namun jika kita lihat corak permainan Harimau Malaysia lebih positif dan berani.Tiada lagi long ball bodoh yg dibenci peminat sebaliknya pemain negara bermain hantaran pendek. Mereka juga semakin berani utk beat pemain lawan walaupun banyak kali juga gagal. Yang penting keyakinan itu ada..
8.Apapun all the best harimau malaya!