Monday, June 29, 2009

Al Fatihah Buat Mikael Jackson

Pemergian Raja Pop Michael Jackson mengejutkan ramai pihak terutamanya para peminatnya dari seluruh dunia. Michael Jackson merupakan antara lagenda muzik dunia yang mencatat jualan album lebih 27 juta unit di seluruh dunia. Kisah hidup Michael Jackson diwarnai dengan pelbagai kontroversi terutamanya tentang transformasi wajahnya. Begitu juga dengan kegagalan perkahwinan dengan anak lagenda rock and roll, Lisa Marie Presley diikuti dengan isu dakwaan pencabulan seksual ke atas kanak-kanak juga saman yang diterimanya daripada seorang hartawan Arab. Namun Alhamdulillah lebih kurang 6 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau telah menerima hidayah Allah lalu memeluk agama Islam. Michael Jackson melafazkan syahadah November 2008 disaksikan teman-temannya termasuk Dawud Warsby dan Yusuf Islam.

Ketika cerita tentang pengislaman Mikael Jackson masih "panas", aku pernah berbincang dengan seorang teman yang juga promoter konsert untuk membawa Mikael Jackson ke sini. Pada peringkat awal kawan aku tu nak buat Konsert Yusuf Islam kat sini tapi aku cadangkan pada dia untuk bawa Mikael Jackson. Seingat aku, kali terakhir Michael Jackson datang ke Malaysia adalah pada tahun 1996. Namun dalam kedatangannya kali ini, Mikael Jackson akan tampil dengan imej yang berbeza dengan mendapat sentuhan elemen Islam walaupun lagu-lagunya masih sama. Kami merancang untuk turut melibatkan artis nasyid tempatan dalam konsert tersebut. Namun apakan daya, beliau dijemput kembali oleh Allah terlebih dahulu.

Antara lagu beliau yang paling aku minati ialah You Are Not Alone. Aku masih ingat ketika aku di Sains Dungun dulu seorang kawan aku Mail namanya sering menyanyikan lagu ni. Tapi dia tukar lirik lagu tu kepada "You Anok Harun". Kebetulan memang ada kawan kitorang yang ayah dia nama Harun. Mail ni bukan saja suka mengusik dan punya kepala otak yang gila-gila tapi dia juga seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Oklah aku tinggalkan korang dengan video klip "You Anok Harun" oppss silap "You Are Not Alone". Al fatihah untuk beliau...


Wednesday, June 24, 2009

Maaf Kerna Lama Menyepi


Assalamualaikum wbt...
Aku mohon maaf buat semua teman-teman yang sering mengunjungi laman blog ini kerana dah lama aku tak dapat update artikel di sini. Kesibukan tugas-tugas di pejabat dan tugasan luar sejak Muktamar PAS diikuti Perkampungan Bintang Nasyid Mukmin, Fesstis dan sekarang Pertandingan Mencipta Lagu Tema S.P.I.E.S, Gurl De Futsal, Konsert Amal Akademi Tahfiz Hira' dan beberapa event lagi. Pada masa yang sama aku turut terlibat untuk produksi beberapa album terbitan NC yang masih dalam pipeline termasuklah album Mestica sendiri. Itu belum termasuk beberapa paperwork yang aku kena prepare termasuklah salah satunya yang aku kena siapkan selepas aku buat posting ni.

Jadi aku mohon maaf banyak-banyak kat korang semua sebab
lama menyepi. Terima kasih juga aku ucapkan sebab teman-teman baik di dalam mahupun luar negara terus bagi support dan jenguk aku di sini. Actually terlalu banyak benda yang aku nak kongsi ngan korang sejak aku menyepi sampai aku tak tahu kat mana nak mula. Insya Allah aku akan mulakan satu persatu dalam masa terdekat. Harap korang semua dapat bersabar.

Di kesempatan ni, tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan tahniah kepada 2 officemate aku yakni Ada dan Shiera yang konvo baru-baru ni. Kedua-dua macam aku jugak, graduan UiTM.huhu.. Selain itu aku nak ucapkan juga selamat pengantin baru kepada kawan-kawan aku yang baru saja mendirikan rumah tangga antaranya Epul Amrain, HEM (SMSD), Nana (SMSD), Yo&Ana (KUTPM) dan Ayu (MFC). Mohon maaf juga kerana aku tak dapat hadir walimah korang namun aku tetap mendoakan kebahagiaan korang sehingga ke akhir hayat. Apedia? Aku? Hahahaha.... insya allah giliran aku juga akan menyusul. Hopefully soon. Huhu..


Nasyeed.Com @ Konvo Ada

Nasyeed.Com @ Konvo Shiera

Wednesday, June 3, 2009

Akhil Hayy: Apa Dah jadi Syeikh? ( Bahagian 2)

Langkah menyertai Inteam Records sebagai artis rakaman merpakan satu langkah yang sangat bijak dan tepat. Album-album beliau mencatat jualan yang tertinggi berbanding produk-produk Inteam yang lain. Tatkala album-album nasyid lain sukar mencapai angka jualan 5 angka, album beliau berjaya mencatat jualan melebihi 30 ribu unit. Nama Ustaz Akhil Hayy mula meniti bibir peminat seni tanah air. Rezeki beliau terus murah apabila menjadi ikon kepada Astro Oasis dan punya programm beliau sendiri yakni Cafe Akhil Hayy sekaligus meningkatkan populariti beliau di persada seni.



Ustaz Akhil mula tampil dengan imej yang lebih bergaya sejajar dengan imej seorang penyanyi mainstream. Beliau mula mendedahkan rambut rebondingnya yang selama ini tertutup oleh serbannya yang panjang melalui pemakaian snow cap. Trend pemakaian snow cap kemudiannya menjadi ikutan di kalangan sebilangan budak-budak nasyid. Ketika menjadi pengadil pertandingan-pertandingan nasyid, acap kali juga aku jumpa kumpulan-kumpulan nasyid yang tampil dengan imej persis Ustaz Akhil Hayy.



Menjejakkan kaki ke dunia muzik yang penuh glamour mengundang pelbagai ujian kepada ustaz Akhil Hayy. Namun pada masa yang sama pendapatannya dari aktiviti seni juga meningkat. Rate payment untuk persembahan pentas juga ada kalanya lebih tinggi daripada artis-artis nasyid yang sedia ada. Tapi keadaan ini bukanlah sesuatu yang pelik sebab rate payment show untuk artis ini selalunya berdasarkan populariti artis tersebut. Untuk membolehkan beliau muncul di kaca TV beliau terpaksa mengendurkan penglibatan dalam PAS. Pada peringkat awal beberapa stesen TV menyekat kemunculannya di kaca TV namun lama kelamaan sekatan ini dihapuskan apabila beliau dilihat tidak lagi menjadi ikon kepada PAS.


Di sebalik halangan yang menimpa dirinya, Ustaz Akhil Hayy terus mendaki puncak kariernya sebagai seorang penyanyi nasyid dan pendakwah yang disegani. Dia kini punya rancangannya sendiri di Astro Oasis iaitu Cafe Akhil Hayy yang juga mendapat rating yang baik. Popularitinya telah membawa dia berdiri sebaris selebriti-selebriti terkenal tanah air termasuklah Waheeda yang mana hubungan mereka menjadi isu hangat sekarang ini. Apabila gossip antara Ustaz Akhil Hayy timbul maka ramai yang tertanya-tanya sejauh mana kebenarannya. Paling kurang senang tentunya isteri Ustaz Akhil sendiri yang selama ini bertindak sebagai pengurus kepada kegiatannya dalam bidang seni.

BERSAMBUNG

Artikel sebelum ini : Akhil Hayy: Apa Dah Jadi Syeikh?

Tuesday, June 2, 2009

Orang Baru

Lately aku dapat beberapa anggota baru dalam keluarga aku. Lebih kurang 2 bulan yang lalu, kakak sulung aku yakni Kak Reny melahirkan cahaya mata ketiganya yang merupakan seorang putera. Nama yang diberi Mohd Aqif Zikri bin Erekhsham.Kehadirannya ternyata memberi sinar baru dalam keluarga kami setelah mengalami peristiwa pahit pada pagi Iduladha 2 tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan aku, ketika aku melapah daging korban aku mendapat panggilan telefon menyatakan Kak Reny & family terlibat dalam kemalangan jalan raya di Slim River. Aku dan keluarga di Machang bergegas ke Hospital Ipoh untuk melihat keadaan mereka. Kak Reny ketika itu menghadapi kecederaan yang serius dan my beloved nephew Alif tak sedarkan diri. Nasib baik Abang Sham dan Syamil hanya cedera ringan. Alif kembali ke rahmatullah lebih kurang 9.30 pagi keesokannya. Aku sedikit kesal kerana tak berada disisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Aku juga tak sempat nak bagi ubat gigi mukmin junior yang aku dapat masa program Bintang Nasyid Mukmin kat dia. Ubat gigi tu masih aku simpan atas almari di bilik tidur aku. Setiap kali aku memandang ubat gigi tu memang aku akan teringat pada Alif sebab memang niat aku masa ambik ubat gigi tu pun nak bagi pada dia. Namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Paksu doakan Alif senantiasa bahagia di sana. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan sangat mengasihi hamba-hambanya. Setelah Alif dijemput pulang, kini Allah mengurniakan Aqif kepada kami.

p/s: Tahniah juga diucapkan kepada sahabatku Kerol Mestica yang baru saje dapat baby girl sabtu lepas


Monday, June 1, 2009

Cik Puan Temenggong: Saya memang didera!

Hari ini aku diberitahu oleh seorang kawan tentang berita yang dilaporkan oleh pihak media Indonesia tentang kes dakwaan penderaan ke atas Manohara Odelia Pinot yang juga isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Manohara telah mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke Indonesia semasa dia bersama anggota keluarga Diraja Kelantan menemani Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan di salah sebuah hospital di kota Singapura. Manohara secara senyap-senyap telah meminta bantuan daripada Polis Singapura yang kemudiannya menghubungi pihak Kedutaan Indonesia untuk "menyelamatkan" Manohara. Walaupun cuba dihalang oleh pihak keluarga Diraja Kelantan, pihak polis Singapura dan Kedutaan Indonesia berjaya membawa Manohara untuk diterbangkan kembali ke Indonesia awal pagi Ahad lalu.

Manohara dicium ibunya sebaik kembali ke Jakarta

Dalam satu sidang media, Manohara telah mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku ke atas dirinya sepanjang berada di Istana Kelantan. Manohara mendakwa dia telah didera dan masih trauma dengan apa yang berlaku sepanjang berada di Kelantan. Beliau turut mendakwa didera hampir setiap hari secara seksual dan diberi suntikan dadah. Beliau juga mengatakan turut dipaksa berpura-pura mengukir senyuman dan tampil dengan ceria setiap kali menyertai upacara atau majlis rasmi di khalayak umum.



Jika benar semua dakwaan ini, ia adalah sesuatu yang amat malang malah mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada seluruh rakyat di negara ini. Sebagai hamba rakyat negeri Kelantan Darul Naim aku tentunya kecewa atas peristiwa yang berlaku ini sekiranya benar. Jika pihak Manohara ingin mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang didakwa menganiayainya, janganlah mana-mana pihak menghalangnya agar keadilan dapat ditegakkan. Memang pahit untuk kita menerima seorang anak raja berkelakuan begitu namun demi menjaga kemuliaan institusi raja-raja Melayu seluruhnya maka tindakan yang sepatutnya harus diambil walaupun ianya melibatkan pendakwaan mahkamah terhadap seorang putera raja. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.

Untuk berita lanjut sila klik dibawah
Manohara: I Was Drugged and Abused