Saturday, January 24, 2009

Nasyid: Berdakwah atau Berniaga

Berdakwah atau berniaga???.. Hmm.. Rasulullah SAW juga berniaga dan baginda juga adalah orang yang bertanggungjawab mengembangkan syariat ALLAH dimuka bumi ini. Boleh kita katakan kedua-dua perkara boleh berlaku serentak.

Dewasa ini semua perkara di atas muka bumi ini memerlukan duit. Pendek kata duit bukanlah segala-galanya TETAPI segala-galanya memerlukan duit. Setiap pekerjaan yang dilakukan berhak mendapat upahnya. Adakah kita nak mengatakan para ustaz dan guru yang mengajar di sekolah, di surau atau di mana sahaja tidak berhak mendapat gaji di atas penat lelah mereka mendidik pelajarnya? Walhal mereka mendukung amanah yang besar dalam mendidik anak bangsa menjadi individu yang cemerlang di dunia dan akhirat. Tentunya mereka berhak di atas apa yang diusahakan. Tanpa gaji atau pendapatan mana mungkin mereka mampu menampung kos hidup yang cukup tinggi ketika ini sekaligus menyebabkan mereka juga tidak dapat menjalankan amanah yang besar itu.

Begitu jugalah para penasyid hari ini. Kami mengeluarkan kos yang tinggi untuk sesuatu album. Kos produksi sahaja untuk sebuah album mencecah 30 hingga 50 ribu. Kos promosi pula biasanya 2 kali ganda daripada kos produksi yakni antara 60 hingga 100 ribu ringgit. Itu pun belum masuk kos percetakan CD. Jadi kos kasar penghasilan album adalah antara 90 hingga 150 ribu ringgit. Dari manakah para penasyid mendapat modal pusingan untuk merakamkan album-album seterusnya sekiranya bukan daripada jualan album dan persembahan pentas?

Ya memang kami tidak dapat menghalang para pendengar untuk membeli cetak rompak atau memuat turun daripada internet. Apa yang kami boleh lakukan hanyalah memberikan kesedaran kepada para pendengar agar menyokong industri hiburan Islam yang ada pada hari ini agar ianya terus hidup dan tidak berkubur. Jika ianya tidak disokong, maka mana mungkin kami mampu terus menghasilkan produk-produk bersifat edutainment untuk masyarakat umumnya. Sekiranya kami mempunyai penaja atau sumber kewangan yang tetap dan besar untuk terus menyokong aktiviti nasyid ini nescaya kami tiada masalah untuk mengedarkannya secara PERCUMA sahaja.

Sebab itulah kami di Persatuan Penggiat Industi Nasyid Malaysia menggalakkan para penasyid supaya menceburi bidang perniagaan dan menjadi usahawan agar kami tidak menjadikan aktviti nasyid sebagai sumber pendapatan yang utama. Adalah menjadi hasrat kami agar suatu hari nanti aktiviti nasyid hanya menjadi satu sumbangan percuma kami kepada masyarakat dengan adanya dana yang kukuh untuk kami menjalankan aktiviti seni kami.

Aku tidak mahu menyentuh soal halal atau haram aktiviti cetak rompak ini kerana aku percaya majoriti individu faham mengenainya. Nama pun rompak, tentunya ianya satu sumber yang tidak halal. Ya, mungkin dengan cetak rompak mesejnya akan lebih mudah sampai kepada masyarakat tetapi adakah kita rasa sesuatu yang kita dapat daripada sumber yang tidak halal itu akan memberi kesan yang baik kepada pendengarnya? Sebagai muslim yang mukmin tentunya kita tidak mengamalkan falsafah Mancheveli yakni matlamat menghalalkan cara. Tak gitu??

Friday, January 23, 2009

Lima Kosong

Rabu lepas, aku antara ribuan penyokong Harimau Malaya yang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan bolasepak pusingan kelayakan piala Asia antara Malaysia dan UAE. Macam biasa aku ke stadium PBKL Cheras bersama Epul Amrain menaiki wira aeroback miliknya. Kalau ikut perancangan asal nak pegi naik kereta aku tapi oleh kerana Bali pinjam kereta aku so kenalah tukar plan. Kami bertolak dari pejabat Nasyeed.Com pukul 7 petang dan sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebat sebelum kami sampai lebih kurang 45 minit kemudian. Alhadulillah hujan telah berhenti sebaik kami sampai di stadium. Sampai je perut pulak terasa lapar jadi kami beli kebab dan mineral water untuk alas perut. Masa nak beli kebab tu, aku terperasan kelibat pelakon drama yang juga adik Rosyam Nor iaitu Azman Nor. Tak sangka pulak dia pun peminat bola Malaysia.Selepas beli tiket, aku terus masuk menuju ke surau untuk solat maghrib. Semasa nak masuk surau kami terserempak dengan B.Sathianathan dan terus menyapa dan bersalaman and wishing him good luck for the game. Selepas keluar surau, aku terserempak pulak dengan Dato Azzudin ( S/U Agung FAM) tapi aku tak tegur la sebab nampak muka dia serius semacam je.huhu

PERLAWANAN BERMULA
Perlawanan bermula tepat pukul 8.45 malam dengan tempo yang agak rancak. Gerakan Malaysia banyak dijana oleh Khyrill Muhaymeen namun bukan mudah untuk melapasi pertahanan UAE yang lebih sasa dan tegap. Melihat pada 15 minit pertama permainan, perlawanan agak seimbang. "Ni boleh makan ni.." kata Epul dan aku membalas "Mintak-mintak la Malaysia buat kejutan". Tengah seronok-seronok menikmati aksi bersemangat Malaysia, GOOOLLL!!! Adus...Malaysia kena bubuh hasil set piece UAE. Defend Malaysia hanya tergamam melihat bola masuk ke jaring. Nyata sikap mereka yang tak alert dan tido membawa padah. Selepas itu pemain Malaysia masih cuba melawan melalui rangkaian serangan Zaquan-Safee-Kanchong(Amirulhadi)-Khyrill-Indraputra. Namun selepas pengadil Australia yang sengal menghadiahkan penalti kepada UAE pemain Malaysia mula down. Penalti itu sepatutnya tak perlu sebab tiada kekasaran pun yang berlaku. Hardi Jaafar mencuri bola daripada kaki mamat UAE tu pastu dia buat-buat jatuh dan tercedera sampai terguling-guling. Memang dah banyak kali dah aku tengok team-team Arab ni guna teknik berlakon ni. Padahal badan sasa giler tapi bila kena body contact sikit kat dalam kawasan lawan apatah lagi dalam kotak penalti. Yang sakit hatinya pengadil boleh tertipu pulak tu. GOOOLLL! Gol kedua buat UAE. Nampaknya sisa semangat juang Malaysia masih kelihatan. Ketika bola di kaki Kanchong yang sedang mengatur serangan dari sebelah kanan kotak penalti UAE, pengadil mat saleh yang sengal tu meniup wisel menamatkan separuh masa. Penonton mula tak terkawal melihat tindakan pengadil yang berat sebelah itu. Safee Sali cuba membantah tapi dikenakan kad kuning. Penonton yang tidak dapat mengawal perasaan mula membaling botol air ke arak pengadil.



SEPARUH MASA KEDUA
Awal separuh masa kedua Malaysia cuba bangkit dengan serangan bertali arus. Dua peluang terbaik melalui volli Zaquan dan Safee berjaya di selamatkan penjaga gol UAE. Setelah gol ketiga dijaringkan oleh UAE pemain Malaysia terus hilang punca. Semangat melawan macam dah takde terutamanya pemain defend. Gol ketiga, keempat dan kelima UAE adalah gol yang sangat mudah kerana pemain defend Malaysia terus tido. Kemasukan Adney menggantikan Syamsuri yang cedera untuk menjaga gawang juga tidak berhasil. Syamsuri lepas 3 dia lepas 2 maka jadilah 0 Malaysia 5 UAE. Belum pun game tamat aku dah cabut ngan Epul. Kecewa memang takleh cakap la. Kita meang dah tahu kemungkinan Malaysia untuk menang memang sangat tipis berdasarkan perkiraan di atas kertas malah kalau seri pun satu bonus. Tapi yang penyokong harapkan adalah keputusan yang munasabah. Kalau kalah pun biarlah kalah bermaruah. Tapi game semalam amatlah memalukan. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa inilah taraf bolasepak Malaysia ketika ini. Pengurusan FAM perlu dirombak dan Liga Malaysia perlu disusun semula supaya lebih kompetitif dan melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi. Mentaliti pemain Malaysia pun mesti diubah agar mereka punya cita-cita yang lebih tinggi. Janganlah cepat berpuas hati setakat jadi star dalam M-League saja. Cubalah pergi ke luar negara dan bermain dalam liga yang lebih kompetitif sekurang-kurangnya di Timur Tengah atau negara Asean lain yang lebih terkehadapan.

Hmm..entahlah.. tak tahulah apa aku nak cakap lagi. Yang pasti aku akan tetap hadir ke stadium memberi sokongan kepada Harimau Malaya..

Sunday, January 18, 2009

Ayuh Boikot Produk Zionis

Sejak 10 januari lepas aku secara rasminya telah memulakan boikot aku terhadap produk-produk yang menyokong Israel. Aku rasa ini adalah satu usaha kecil yang dapat aku lakukan untuk menentang tindakan zionis menindas umat palestin. Lebih teruk lagi, mereka memerintah dunia secara proksi. Proksi mereka yang paling besar tidak lain dan tidak bukan adalah Amerika Syarikat. Mengikut perkiraan di atas kertas, umat Islam diseluruh dunia tidak mampu menandingi kekuatan ketenteraan Israel dan sekutunya walaupun seluruh kekuatan tentera negara Islam digembeling. Bagi aku cara yang paling berkesan dan praktikal untuk umat Islam menentang penguasaan Israel dan sekutunya adalah dengan cara memboikotproduk yang menyokong zionis dan menghentikan penggunaan matawang Amerika dalam urusan perdagangan antarabangsa. Ideu-bara ini telah dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya ketika satu demonstrasi anti Israel di Masjid Negara baru-baru ini. Malah Dr Mahathir telah lama cuba mengajak negara-negara Islam untuk menggunakan semula dinar emas sebagai matawang dalam urusan jual beli antarabangsa namun malangnya ianya tidak disambut oleh pemimpin negara Islam kerana takutkan Amerika. Amerika adalah sebuah negara yang bankrap dan mempunyai banak hutang dengan bank dunia, namun oleh kerana seluruh dunia menggunakan Dollar As dalam urusan perdagangan antarabangsa maka nilai dollar terus kekal tinggi sekaligus mengukuhkan ekonomi Amerika. Oleh itu marilah sama-sama kita menggerakkan usaha untuk menghalang zionis daripada terus bermaharajalela. Ayuh boikot produk zionis!!!

Sepetang Bersama Azan

13 Januari lepas Aku, Dakmie,Kerol dan Azan ( Ruffedge) lepak kat Restoran Uncle 'K' SACC Mall Shah Alam. Actually kami taklah lepak kosong tapi kami buat sedikit discussion tentang satu projek album. Aku tak naklah cerita panjang lebar tentang plan kami sebab semuanya masih di peringkat perbincangan. Jadi kepada teman-teman yang dah bermula bertanya tentang album Mestica, Insya Allah kami akan muncul dengan album baru tahun ini. Material telah mula dikumpul. Sebenarnya ini first time aku jumpa Azan secara personal. Rupanya Azan ni kenalan lama Dakmie masa di Flare Studio dulu. Banyak juga kami kongsi cerita tentang perkembangan masing-masing diselang seli dengan cerita pasal palestin, islam sampailah cerita pasal anak-anak. Sempoi mamat ni sebenarnya dan masih nampak muda remaja walaupun umurnya dah menjangkau 30-an. Petang tu Azan banyak bercerita tentang projek komik yang tengah dibuatnya. Jalan ceritanya sangat menarik dan ianya berkisar tentang pengembaraan seorang budak melayu yang bijak. Oppss korang jangan cepat buat kesimpulan, ia bukanlah macam cerita klise yang "biasa-biasa". Aku, Dakmie dan Kerol juga kongsi sedikit input yang kami ada untuk dimasukkan dalam komik tu. Sedang kami rancak berbual, muncul Sarah Seth seorang kenalan aku dan Dakmie menyapa. Dakmie memperkenalkan Sarah pada Azan dan Kerol dan kami berborak kejap sambil Sarah yang akan dapat baby tak lama lagi berdiri. Lepas Sarah berlalu, Azan cakap dia perlukan seorang geologist untuk buat rujukan bagi projek komik tu, so Dakmie bagilah no Sarah.Hampir 2 jam juga kami lepak kat situ. Lepas semua makanan dan minuman kami selesai, Azan bawak keluar pulak stok gula-gula dia, jadi lagi lamalah kami sembang kat situ.huhu..Akhirnya kami beredar dalam pukul 2 lebih..

Disebalik Kemusnahan Gaza : HAMAS di Ambang Kemenangan!

Pertempuran di bumi Gaza telah masuk hari ke-22 hari ini. Pengganas Zionis terus rakus menyerang memusnahkan apa saja yang boleh termasuklah sekolah dan hospital. Dikatakan di Gaza bangunan pentadbiran kerajaan hampir tiada langsung setelah ranap dibom. Hari ini para pemimpin Israel telah membayangkan mereka akan menghentikan serangan setelah mendakwa HAMAS telah berjaya dilumpuhkan. Sebelum ini mereka juga cuba mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak. Dalam persidangan khas liga Arab baru-baru ini pemimpim kanan HAMAS Khaled Meshal telah menegaskan bahawa HAMAS tidak akan menerima gencatan senjata sehinggalah tuntutan mereka seperti penamatan serangan dan pengunduran tentera Israel dari Gaza, pemberhentian kepungan termasuk sekatan ekonomi dan politik, dan pembukaan semula sempadan Gaza-Mesir dipenuhi. Malah Khaled menyatakan HAMAS tiada masalah untuk terus berperang dalam tempoh yang lama. Wakil HAMAS di Lebanon Osama Hamdan turut menyatakan pendirian yang sama. Hasil daripada sidang khas itu, Qatar dan Mauritania telah mengikut jejak Venezuela dan Bolivia yang lebih dulu memutuskan hubungan dengan Israel. Yang dikesalkan negara yang menjadi khadam kepada Baitullah yakni Arab Saudi serta Mesir memulaukan sidang sekaligus menyerlahkan sikap sebenar mereka sebagai boneka Amerika.

Pada pandangan aku Israel akan menerima nasib yang sama sebagaimana dalam perang Lubnan apabila mereka gagal memusnahkan Hizbullah. Kini walaupun Gaza seharian dibom, kekuatan HAMAS tidak sedikit pun terjejas malah serangan roket masih diteruskan ke wilayah Israel walaupun HAMAS kehilangan beberapa pemimpin mereka seperti Said Shiam dan Nizar Rayyan gugur syahid di medan jihad. Israel semakin tertekan mengejar masa untuk memusnahkan HAMAS tapi nampaknya mereka gagal sama sekali. Maha hebat kekuasaan Allah yang memberi kemenangan kepada pihak yang dikehendaki-Nya.

10 Januari lepas aku bersama-sama teman-teman di Nasyeed.Com diberi amanah untuk membantu Aman Palestin untuk mengendalikan Rapat Umum Selamatkan Gaza yang dihadiri lebih 5000 orang. Dengan pidato yang berapi-rapi oleh wakil-wakil NGO, parti politik mahupun wakil dari Palestin, stadium menjadi gamat dengan slogan pembakar semangat jihad dan kecaman terhadap Israel. Namun apabila doa dibacakan oleh Ustaz Mustafa(Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam) aku tak mampu menahan airmata dari menitis mencurah-curah. Maksud doa dalam bahasa arab itu sangat menyentuh hati. Aku percaya ramai lagi yang mengalirkan airmata memohon kesejahteraan dan keselamatan Gaza. Nasib baik aku pakai kaca mata hitam.Kalau tak hilang macho aku..huhuhu.takdelah gurau je.. Apapun yang penting kita harus berusaha dalam apa jua cara yang termampu untuk menentang kekejaman Zionis dan ketidak adilan US.


Sunday, January 4, 2009

Gaza, Doa Kami Bersamamu


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Di saat aku menulis artikel ini, saudara-saudara kita di Gaza masih berada dalam keadaan genting. Israel terus ganas menyerang dan menggugurkan bom dari pesawat F-16 dan Kfir mereka. Armada Zionis juga melancarkan serangan peluru berpandu dari arah laut.Mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, 435 orang telah terbunuh dan 2285 orang cedera hasil daripada 750 serangan Israel sejak 27 Disember lalu. Tentera darat Israel telah bersiap sedia di sempadan Gaza untuk menceroboh masuk. Namun demi Allah dan Rasul-Nya,mereka tidak akan mendapat laluan mudah. Sejumlah 25 000 pejuang HAMAS sedang bersiap sedia untuk bertempur mempertahankan tanah air mereka. Ya, memang benar jika dibandingkan dari sudut peralatan ketenteraan, HAMAS yang hanya mempunyai senjata ringan mana mungkin dapat menyaingi kereta kebal Merkava dan Helikopter Apache milik Israel. Akan tetapi kemenangan bukanlah terletak pada peralatan ketenteraan sebaliknya Allah lah akan memberikan kemenangan kepada golongan yang Dia kehendaki.Aku teringat sebuah hadis yang dinyanyikan oleh Muadz di mana Rasulullah SAW bersabda,

"Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”



Semalam aku sempat menghadiri Program Ceramah Khas Palestin di Dataran Kemerdekaan Shah Alam anjuran Muslim Care, MBSA dan JAIS. Alhamdulillah walaupun program ini dirancang dalam tempoh 2 hari sahaja namun sambutan yang diberikan amat baik. Tidak kurang dari 1000 orang yang hadir dengan kutipan derma mencecah RM60 ribu. Syukur kepada Allah, masih ada insan yang prihatin dengan nasib saudara-saudara kita di Gaza.Aku hadir bersama Algebra dan Muadz untuk bersama membakar semangat jihad melalui lagu-lagu yang dipersembahkan. Memang kami tak mahir menggunakan senjata, namun sekurang-sekurangnya sedikit bakat yang Allah anugerahkan pada kami ini dapat kami manfaatkan sebagai satu sumbangan kerdil kami untuk teman-teman di Gaza secara tidak langsung. Sekiranya diberi peluang, insya Allah kami tidak akan ragu-ragu untuk mengangkat senjata demi menentang musuh-musuh Allah di muka bumi ini. Namun apakan daya buat masa ini hanya doa yang mampu kami kirimkan untuk kalian di sana. Bersabarlah wahai teman-teman di Gaza, pertahankanlah bumi suci Islam itu dan janganlah kalian berputus asa kerana sesungguhnya pertolongan Allah pasti tiba.Andai kalian syahid sekalipun, tentunya syurga akan menjadi ganjarannya. Kami di sini akan terus menyokong kalian dari jauh.Doa kami bersamamu..

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Assalamualaikum wbt..
Rasanya tak terlambat aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masehi 2009. Tahun ni pun macam biasa aku terlibat dengan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Selangor. Berbeza dengan tahun lepas yang mana sambutannya di buat di Sijangkang, tahun ni sambutan beralih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ). Nasyeed.Com diberi peranan untuk menguruskan segmen persembahan yang meliputi persembahan multimedia, tazkirah ringkas oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah dan nyanyian oleh Muadz, Rabbani dan Dakmie. Namun pada masa yang sama kami turut memberi khidmat consultancy terhadap keseluruhan event. Sebelah petang pulak ada pertandingan nasyid terbuka maal Hijrah. Kali Mestica dijemput untuk buat persembahan bersama Muadz. 13 peserta telah berentap untuk muncul juara dengan mempersembahkan kehebatan masing-masing. Namun akhirnya yang muncul pemenang adalah kumpulan the Sisters, naib johan pula dirangkul oleh kumpulan Raudhah dari KUIS dan ketiga oleh Nur One dari UiTM. Kumpulan Sisters adalah satu-satunya kumpulan wanita yang mengambil bahagian namun kehebatan mereka memang terserlah. Bila aku dengar harmoni diorang meremang bulu roma aku. Memang mantap. Dah lama aku tak tengok persembahan mantap dari satu kumpulan nasyid wanita. Aku harap diorang akan jadi pemangkin kepada kebangkitan semula grup nasyid wanita yang dah lama pupus.

Oklah macam biasa aku nak tinggalkan korang dengan sebuah lagu yang sering aku pasang masa aku, amir dan azam dok siapkan final thesis kitorang masa MBA. Lagu yang bersemangat berkenaan dengan perjuangan saudara-saudara kita di Palestin. Liriknya sangat menyentuh hati dan membakar semangat jihad selain melodinya yang agak catchy.Minggu ni pun Israel laknatullah telah menyerang Gaza hampir setiap hari. Mengikut laporan, lebih 300 orang awam yang dah menjadi korban namun berkat keimanan dan semangat jihad yang tinggi, pejuang-pejuang HAMAS masih tega bertahan. Sama-samalah kita doakan agar satu masa nanti dalam kita akan mampu menjejakkan kaki ke Baitulmaqdis dan mendirikan solat di Masjidil Aqsa. Takbir!